Friday 11 October 2013

Kelahiran Yang Dinanti - 2

7/10/2013

kurang lebih 4minggu sebelum tarikh yang dinanti... balik kerja maghrib tu selepas selesai solat dan makan tetiba terasa mcm sesuatu menusuk di bahagian bawah perut aku.. sampaikan nk bangun nak jalan pun sakit.. apakah petandanya ini.. takut, risau, gerun semua ada.. macam2 yang bmain dlm kepala masa tu.. en hubby pun mula resah gelisah.. untuk tak terus di selubung rasa risau aku tido awal..

8/10/2013

bangun untuk solat subuh sakit yang aku rasa semlm sepertinya tak bkurangan.. sakit yang amat bila nak bangun dan berjalan.. jadinya tpaksa la en huby ambik cuti untuk jaga aku.. disebabkan bimbang dan tak tahu kenapa aku rasa sakit yang amat bila nk bjalan.. kami ambik keputusan untuk ke klinik.. tak berani nak ke hospital memandangkan aku memang tak boleh bsalin normal.. risau takut kalau2 doc nk ceaser awal.. byk lg persiapan yang belum dibuat..
hasil pemeriksaan di klinik doc bgtau kandungan aku ok.. cuma disebabkan baby dah mula masuk ke laluan yang betul jadi tekanan tu buat aku rasa sakit.. cuma saranan doc memandangkan aku tak boleh bsalin normal.. doc sarankan aku ke hospital segera kalau sakit bertambah atau ada tanda2 lain.. sedikit sebanyak saranan dan penerangan doc membuatkan kami rasa masanya hampir tiba.. untuk tunggu hingga 30.10.2013 tu rasa dah semakin tipis.. jadi blk dari klinik walaupun tak larat dan ada rasa sakit kami tpaksa menyediakan apa yang belum dibeli.. selain tu ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebelum bsalin kami selesaikan segera.. risau kalau2 tpaksa bsalin awal..

9/10/2013

kesakitan yang aku harapkan bkurangan tak jugak menampakkan tanda untuk bkurang.. terasa masih menyucuk dan nyilu di bahagian ttentu.. jadi keputusan nya rujuk ke hospital... aku dah semakin yakin bahawa kelahiran ini mungkin perlu dipercepatkan...
masuk saja ke dalam bilik doc.. belum sempat aku terangkan apa yang aku rasa doc tlebih dulu menyebut secara detail apa yang aku rasa.. takde satu pun yang keluar dr mulut dia yang boleh aku sangkal.. setiap penerangan dia tepat dan memang itu yang aku alami.. lega bila doc bgtau yang itu adalah normal memandangkan ini kehamilan aku yang ketiga dan di kuatkan dengan faktor usia dan kerapuhan tulang.. baru aku sedar yang mngandung dlm usia 30an amat bbeza dengan mngandung pada usia 20an.. nak tak nak.. mahu tak mahu kena akui.. yang setiap kandungan akan bbeza kerana byk faktor terutama faktor usia dan kesihatan si ibu...doc sarankan yang kelahiran baby ku di awalkan skit dari tarikh asal.. so tarikh baru adalah pada 21.10.2013...insyaallah moga semua nya selamat.. sebelum balik sempat doc mengingatkan en huby macamana rasa seorg isteri yang mengandung.. doc kata nnt blik u ikat beras 5kg kat perut. then bawak 10bln.. apa rasa?? hihihi.. tp aku tak rasa yang en huby perlu buat semua tu sbb layanan yang dberi selama aku mgandung ni mmg dah cukup mgambar kan yang dia faham apa aku rasa.. aku rasa dia dah lebih mngerti.. thanks tu u abah.. love u ever n ever...