Thursday, 27 June 2013

KEMBARA SAHABAT SELAMANYA - PART 2

Now we go...

Ok maka bermula lah perjalanan SS menuju ke Terengganu.. aku ngan my family la terlebih xcited sebab kitaorang tak pernah ke Pantai Timur bersama sebelum ni. masa bujang belakang cerita la ek.. hihihi.. 

Highway ke pantai timur dari Penang ni agak mencabar rupanya.. aku pernah la lalu sekali dulu masa belajar tapi masa tu naik bas so tak ambik port sangat.. bila first time naik kereta rasa teruja yang amat la plak.. pemandangan yang menghijau ditambah lak pada masa tu kabus tebal.memang best la. so sempat la aku snap pic macam biasa... aku rasa cam nak turun je kat tengah2 kabus tu.. 



ha ni hubby biasa la bila jalan ngan SS ni talkie mmg tak lepas dari tangan la.. sepanjang jalan tu ada je la cerita.. pendek kata memang tak pernah mengantuk la kalau travel jauh pun.. dah la kepala semua gila-gila.. 


 tapi apa pun sempat tau snap pic sendiri.. walaupun perut time tu lapar yang amat.. maklum la xcited punya pasal semua tak sarapan.. just makan roti ngan air kotak je.. layan kan je la...



 so dah hampir 1/3 perjalanan kot aku pun tak pasti.. tempat persinggahan pertama SS adalah di Hentian Banjaran Titiwangsa.. melalui cerita yang aku dengar hentian ni cantik sangat sebab leh tgk banjaran titiwangsa dan kat situ sah2 la sejuk kan.. tambah lak pagi.. so kitaorang yang sememangnya kelaparan ni amat la tak sabar untuk sampai ke sana.. 

dan sesampainya di sana... 


taraaa...kedai makan tak bukak daaa... perghh terbako seluruh jiwa raga.. bayangkan dengan lapar dan yang pasti tiada lagi hentian yang akan dilalui kecuali Bukit Bunga.. waaa masa ni memang nak nangis sesangat.. hampa dan kecewa...


namun... kehampaan tu tak menjejaskan sessi photogedik kitaorang wokeh.. lapar pun lapar la janji kita snap pic dulu.. perut japg kita fikir lain... 







so settle sessi snap pic kitaorang pun bla la dari situ dengan penuh kekesalan dan kelaparan.. yang best nya masa tu dah kul 11am lebih tau.. macamana kedai tu masih lom bukak pun aku tak faham.. sebab memang ramai dah orang yang singgah time tu.. mungkin ada masalah pengurusan kot.. hihihi.. tolong fikir semakkan kepala jap.. tapi elok je kitaorang start kereta nak gerak nampak pintu kedai tu dibuka.. nak turun serbu pun dah takde mood.. so semua ambik keputusan nak teruskan perjalanan dan makan apa yang ada dlm kereta.. memandangkan aku ada baby yg kelaparan dlm perut ni so aku turun gak la beli apa patut.. aku beli pau rendang.. tak sia-sia tau aku beli sebab sedapnya Ya Allah.. sampai hari ni masih aku tbayang dan kalau boleh nak makan lagi pau tu.. huhuhuu...

so perjalanan kitaorang diteruskan dan destinasi yang utama adalah kedai makan.. so kat mana kedai makan pertama yang terjumpa nanti situ lah tempat persinggahannya.. 

so bersambung lagi...






Friday, 21 June 2013

Kembara Sahabat Selamanya - Part 1

Assalamualaikum..

lama dah tak bkongsi cerita kan.. oklah kali ni aku ada story best nk share tentang Kembara Sahabat Selamanya... sapa-sapa yang dah baca story aku sebelum ni pasti dah tau kan siapa dan apa maksud sahabar selamanya atau singkatannya SS.. yg mana belum tahu boleh la cari-cari dalam blog aku ni.. he he he..

oklah story aku kali ni pada aku adalah satu yang menarik sangat.. sebab macam-macam yang kami lalui sepanjang perjalanan Kembara kami ini..

Bermula selepas Kembara pertama sebelum ini iaitu Kembara menjelajah ke sekitar Kuantan-Kemaman-Gambang kami terus bincang tentang Kembara kedua.. cadangan yang terlintas pada masa itu adalah Kembara menjelajah Pantai Timur... jadi bermula lah dari saat itu masing2 sibuk merancang dan mencari tarikh yang sesuai.. akhirnya tarikh yang dipersetujui adalah pada 01.06.2013 hingga 05.06.2013... Alhamdulillah mulanya semua bersetuju tanpa ada alasan.. namun seminggu sebelum tarikh tersebut..2 orang daripada SS menarik diri.. alasan seorang terpaksa balik kampung dan seorang lagi cuti tak diluluskan.. masa tu memang kami semua down.. maklumla kalau tak cukup corum pasti akan ada rasa kekurangan... dah abis idea aku memujuk diaorang untuk join tapi dua-dua ada alasan kukuh so aku pasrah.. pada aku takpe la mungkin ada hikmah kan... tiba-tiba malam sebelum bertolak aku dimaklumkan yang insyaallah 2 sahabat ni nk join plak.. tapi masa tu dah tak xcited dah.. kira cam tawar hati dah kot.. so dalam hati aku kalau diaorg join tu satu bonus.. kalau tak join pun aku tak kisah dah sbb malas nk letak harapan.. tapi jauh dalam hati harap sangat-sangat untuk diaorang join..

So tiba lah hari yang di nanti.. saat yang ditunggu.. anak-anak la yang paling xcited sbb diaorg ni kalau bjalan dengan SS memang tak hingat punya seronok.. pagi tu awal anak-anak aku siap.. senang je bangun mandi tak macam nk pegi sekolah...kena mengamuk satu taman dulu... orang yang paling awal siap adalah mia...siap boleh posing depan pintu lagi walaupun masa ni baru kul 6.45pagi.. xcited tul la dia ye...



kami keluar rumah tepat jam 7.00am.. port untuk berkumpul yang ditetapkan adalah di stesen Petronas Kulim.. orang paling awal sampai pada masa tu adalah aku.. xcited kan.. kemudian Lang..dan tiba-tiba aku terpandang kelibat seseorang.. Alhamdulillah rupanya doa aku untuk semua SS join kembara ni tmakbul.. aku nampak Paksu dan tak lama kemudian selepas Long sampai, Ngah pun sampai.. maka Kembara kami kali ini lengkap.. kelima-lima keluarga SS semua dapat join.. Syukur... nasib la walkie talkie memang dah ready 5 biji...


 ok bawah ni adalah muka-muka hero SS.. hero la sangat.. dari kiri suamiku tercinta nama dalam SS Ayong.. sebelahnya Mr Hezri atau dikenali SS dengan Long, sweater hitam Mr Rizal atau nama SS Paksu, T-shirt putih kanan Mr Norazmi atau nama dalam SS Lang.. yang sorang-sorang kat bawah tu Mr Rafhan, dlm SS kami panggil Ngah.. actually masa hero-hero tu posing ngah lom sampai.. pic bawah tu aku ambik masa dia baru je sampai dgn muka tak berdosanya.. dah la kata tak nak join.. pastu lambat lak.. sabo je la..




lebih kurang kul 7.30am Kembara SS ke Terengganu-Kelantan dimulakan dengan Nama Allah.. semoga perjalanan Kembara kami dipermudahkan dan semua berjalan lancar...


Bersambung...






Friday, 12 April 2013

Suatu perjalanan....

Alhamdulillah minggu ni dah hampir 10minggu usia kandungan aku.. teruja memang teruja.. setelah keguguran kandungan yang sebelum ni pengalaman mengandung kali ni memang lain sikit..

Layanan suami..
setakat hari ini layanan suami aku memang beri yang terbaik.. rasa macam mengandung anak pertama plak.. tambahan plak mengandung kali ni aku rasa alahnya lain sangat... rasa macam alah yang paling teruk aku kena..semua kerja rumah dan urusan anak2 suami aku yang ambik alih.. kesian gak kadang2 tengok dia tak rehat sampai anak-anak dan aku tido.. tq sayang...

ok aku nk share antara alahan aku..

1. Tak boleh makan / tengok nasi..

aku langsung tak boleh makan nasi kecuali nasi yang dimasak oleh orang2 tertentu (family).. nasi bungkus, nasi campur, nasi apa sekalipun yang bukan homemade minta maaf.. tekak aku tak leh terima langsung.. penah pegi kedai makan.. masuk kedai je aku dah melepek.. bila tengok nasi dan susunan lauk pauk aku terus rasa macam nak pitam..menggeletar kaki dan tangan aku.. malah lalu kedai makan pun buatkan aku lemah satu badan.. dasyat kan... membayangkan nasi sepinggan pun leh buat aku lemah satu badan...

2. Tak boleh drive

aku tak boleh drive.. bila ingat nk drive kepala aku mula sakit.. sebenarnya masuk keta pun aku rasa lemah.. kepala start bedenyut-denyut...

3. Tak boleh bau busuk/wangi..

apa saja bau aku tak boleh hidu.. samada bau tu wangi atau pun busuk.. penah sekali turun kereta terhidu bau yang sangat2 la tak menyenangkan terus bersembur muntah aku.. bau minyak wangi suami aku pun aku tak tahan..

4. Tak suka dicium dek damia

yang ni sedih sikit la.. kadang2 aku tahan gak la.. aku alah dengan ciuman anak kedua aku.. anak kedua aku ni lak memang suka mencium.. kira dalam satu hari tu dia akan cium aku setengah jam sekali kot.. pastu lak dia suka main mulut aku.. sebelum tido atau bila dia suka tu la hobi dia.. tp sekarang semua tu dah terhad.. tiap kali dia cium atau main mulut aku, aku rasa cam nak muntah dan rasa rimas.. kesian kan.. sorry sayang.. ibu harap alah ibu yang ni akan cepat hilang..

5. Suka makan pizza hut, kfc dan roti sapu kaya..

ha ni la antara makanan yang boleh masuk dengan aman ke dalam perut aku.. hanya makanan ni sahaja yang betul2 boleh diterima dek tekak. maintenance tinggi anak ibu sorang ni.. sabar ye abah...he he he




Monday, 11 March 2013

Alhamdulillah.. Ini Rezeki dariMu..

Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah kurniakan aku rezeki ini lagi... Kau telah hadirkan satu janin dalam rahimku ini.. Sebelum ini Engkau pernah pinjamkan satu janin untuk bersemi di rahimku ini namun engkau ambil kembali janin itu sebelum sempat dia lahir ke dunia Mu ini.. mungkin dia bukan untukku di dunia ini..tapi mungkin dia menjadi sahamku di akhirat nanti..aku akui perasaan aku tatkala itu sukar aku gambarkan.. malah hingga saat dan tika ini masih tersisa rasa itu dalam hatiku...namun aku redha itu milik Mu.. Hanya Engkau yang layak memberi dan hanya Engkau yang layak untuk mengambilnya kembali.. Aku yakin, pasti ada hikmah tsembunyi.. aku pasti Kau akan hadirkan pengganti.. dan tertanya itu semua telah menjadi kenyataan.. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah Engkau perkenankan jua doaku...

Ya Allah.. aku pohon padaMu.. Kau perliharalah anak yang aku kandung ini.. Engkau sempurnakan lah sifat dan perilakunya mengikut ajaran dan jalan Mu..

Ya Allah.. Engkau jauhi kami dari malapetakaMu.. Engkau letakkan kami dalam perlindungan Mu.. Perliharalah anak ini sehingga dia lahir ke dunia dan seterusnya hingga ke akhir hayatnya.. biarkan dia lahir dan membesar bersama ku Ya Allah... akan aku jaga permata ini sebaiknya.. aku tidak sanggup lagi menyampaikan berita duka pada mereka yang mengharapkan kehadiran permata ini Ya Allah... Aku mahu mereka gembira dengan berita kelahiran anak ini nanti Ya Allah...

Ya Allah perkenankan doaku ini... Rahmati dan lindungi aku dan bayi ini...

Aamiin Ya Rabalalamin...

Saturday, 9 March 2013

Surprise!!!! Panggang Jangan Tak Panggang

Nak story sikit psl surprise yang hubby aku buat...

Tara... tetiba ada org hantar ke rumah sesuatu yg dah lama aku idamkan.. PEMANGGANG AJAIB...


en hubby kata ni hadiah anniversary kami... awal lak dapat dari tarikh.. tp apa2 pun hepi sgt sbb mmg lama dah idamkan.. tak sangka lak dia nk beli.. dah tu kena sgt dengan masa dan ketika nya.. mmg pada saat ni aku amat perlukan pemanggang serbaguna ni untuk memudahka kerja2 masak memasak aku.. mmg ada sebab yang sangat besar tp biarlah aku rahsiakan dulu buat seketika.. bila tiba masanya nnt aku akan share gak kenapa pemanggang ni sangat la bguna buat aku skrg ni.. 

anyway to my beloved hubby tq so much sayang...love u ever...

##TQ ALLAH


Friday, 1 March 2013

Kampung oh kampung...

Bila lama tak balik kampung
Aku selalu rasa.....

Rindunya pada kampung..
Rindunya pada Mak
Rindunya pada Kakak
Rindunya pada abang
Rindunya pada anak-anak saudara
Rindunya pada cucu-cucu saudara
Rindunya pada semua..

Bila dah ada perancangan untuk balik kampung
Aku akan rasa.....

Lambatnya masa berlalu
Lambatnya nak habiskan sehari
Lambatnya nak habiskan seminggu
Lambatnya nak pagi
Lambatnya nak siang 
Lambatnya nak petang
Lambatnya nak malam
Lambatnya nak tunggu hari itu
Lambatnya semua

Bila tiba ke kampung
Aku akan rasa...

Cepatnya masa berlalu
Cepatnya hari berganti hari
Cepatnya habis cuti
Cepatnya dah pagi
Cepatnya dah siang
Cepatnya dah petang
Cepatnya dah malam
Cepatnya dah nak kena balik
Cepatnya semua...

itulah mainan perasaan yang pasti takkan pernah hilang 
semua itu akan terus aku rasa 
kerana aku disini 

Jauh dari kampung
Jauh dari Mak 
Jauh dari kakak
Jauh dari abang
Jauh dari anak-anak saudara
Jauh dari cucu saudara
Jauh dari mereka yang telah membesarkanku
Jauh dari segala yang pernah aku miliki dulu

Namun aku bersyukur walaupun aku jauh dari mereka
disini aku masih 

Punya suami yang menyintaiku
Punya anak yang amat memerlukakan
Punya mak mertua yang amat menyayangiku
Punya keluarga mertua yang amat baik denganku
Punya tempat yang melindungi aku dan keluargaku
Punya kerja yang memberi aku rezeki untukku
Punya rakan yang sentiasa menemaniku
Punya segala yang cukup membahagiakanku

Ya Allah besarnya nikmat hidup yang Kau telah beri pada kami.. walau apa pun yang kami lalui dan rasai itu sebenarnya adalah nikmat dariMu.. Alhamdulillah....

## TQ ALLAH





Thursday, 21 February 2013

Makan-makan Bersama SS...(09.02.2013)

Assalamualaikum..

lama x mencoret dlm blog ni.. sibuk + ada sedikit kemalasan sebenarnya... kalau nk ikut kan story memang banyak yg nk dicoretkan tapi bila malas menguasai semuanya tak menjadi...

ok story yang aku nak share kali ni adalah bkenaan dengan Dinner with SS group.. SS tu asal daripada Sahabat Selamanya.. SS ni terdiri daripada 5 family kesemuanya..kitaorg penah melalui zaman susah dan senang bersama... yg tu next post kita story ok...

ok lokasi makan malam kami adalah di Restoran Nelayan Kuala Juru..

kitaorg sampai dalam kul 9.00pm.. dan ini antara menu yang dipilh oleh aku atas psetujuan sahabat yang lain.. ni baru 1/3 je tau.. actually byk lg yg di order tp x sempat nk snap pic sbbnya semua dah kelaparan..nampak sedapkan.. makanan kat sini memang sedap dan harga pun sangat berpatutan.. promote skit.. he he


ok bila makanan semua dah sampai.. group anak-anak lebih di utamakan untuk merasmi juadah.. actually ibu2 ngan abah2 ni bijak.. bg anak-anak makan dulu supaya nanti time ibu2 abah2 nk bersantap takde la yg mengganggu kan sbb anak-anak dah kenyang.. bijakkan.. tapi apa-apa pun seronok tengok anak-anak makan dengan penuh selera.. mana tak nya ikan masak steam tu abis tinggal tulang je.. nak tengok macamana seleranya anak2 kitaorg makan jom kita layan pic kat bawah ni...


Meriahkan.. ibu ngan abah semua tak sempat nak duduk melayan anak-anak makan.. macam-macam gelagat diaorg ni yang mencuit hati.. ada yg nak naik atas meja pun ada.. 

bila dah settle anak-anak makan.. time ibu ngan abah lak makan.. 


masa ni anak-anak dah buat restoran ni cam kitaorg punya dah.. dah jumpa geng semua satu kepala cakap apa pun dah tak guna dah.. so bagi je la diaorg nk buat apa pun janji jangan sampai jatuh atau sakit dah.. nk tau apa yang anak-anak buat time ni... tengok pic kat bawah tu.. pening jap kepala tuan kedai tu kot tengok diaorg main.. he he he


 gambar kat atas tu memang gegar sebab anak aku yang 4thn tu yg snap kan.. lg pun tempat yang diorg main tu adalah ruang makan bersila (lantai papan) so kalau dah semua berlari pastu ada yang panjat terjun semua sah-sah la gegar kan... ruang tu memang jadi nurseri malam tu.. takde org yg berani nk naik makan atas tu kot.. itu la anak-anak SS...sabo je la kan..anak2 SS ni memang semua dah serasi dan rapat dah macam adik beradik.. kat bawah ni pic yang mungkin boleh membayangkan betapa akrabnya kitaorg semua..








kat bawah ni kita pkenalkan la skit pasal anggota dlm SS Group ni.. sikit je kalau teringin nk tau lebih tunggu next post ok..

kita mula dengan pasangan bahagia En Hezri dan Pn Azlina yg kitaorg gelarkan dengan panggilan LONG atau Ayah dan ummi bagi anak-anak aku.. actually dia anak bongsu dlm family tp memandangkan dalam SS Group dia paling "matang" dan paling kitaorg hormat so panggilan LONG teramat la sesuai kan... Long ni plak adalah merupakan penasihat bagi SS Group sbb SS Group selalunya jadikan long sbgai tempat rujukan kalau ada apa-apa masalah atau kecelaruan fikiran..



Seterusnya ni adalah pasangan bahagia En Rafhan & Pn Mila atau dalam SS Group kami panggil dengan gelaran Ngah.. dlm family sebenar dia adalah anak sulung.. kenapa ngah.. sbb dia ni selalu jadi penyelamat keadaan.. apa saja dan bila saja SS Group perlukan bantuan ngah pasti sampai.. kira cam rescue 999 la.. hihi..ngah sesuai la sbb cam jadi org tengah kan.. anyway ngah memang banyak tolong SS time SS susah.. terutama aku sbb aku memang selalu nampak ngah je kalau keadaan kecemasan.. he he.. 


next couple adalah pasangan En Rizal & Pn Murni.. yg ni lak kitaorg panggil paksu walaupun dalam family dia, dia ada ramai lagi adik.. kenapa kitaorg panggil paksu.. sbb dia ni pak lawak sikit la dalam SS Group.. kalau ada dia SS Group ni pasti tak kering gusi.. dia lak jenis hepi go lucky.. tak kira la dalam keadaan apa pun dia nampak cool je.. dia jenis ok je.. layan kepala dia ni kadang-kadang kita pun naik pening.. tapi paksu best..memang terasa sikit la kesunyiannya kalau paksu tak join time SS berkumpul.. he he..


Itu antara yang hadir masa dinner tu.. actually ada satu lg pasangan tp malam tu dia tak dpt join.. pasangan En Norazmi & Pn Nam yang kitaorg gelarkan dengan panggilan lang.. pic kat bawah ni adalah pic waktu dinner seminggu selepas Dinner SS tu.. kebetulan jumpa lang kat kedai makan.. tu la Allah aturkan jugak ptemuan kitaorg wlaupun x dirancang.. Lang ni sebenarnya kawan kepada Long.. kami semua tak penah kenal lang sebelum ni.. long yang kenalkan.. tapi sebab keikhlasan masing-masing untuk kenal dan rapat Alhamdulillah sehingga hari ni hubungan persahabatan kami semua memang akrab dan dah macam dah kenal lama.. 


ok korang mesti nk tau apa panggilan aku dalam SS Groupkan.. Yong.. ha tu la panggilannya.. SS semua kenal aku dengan Yong.. hinggakan anak2 SS pun kenal aku dengan panggilan Yong.. kenapa Yong kan.. Yong tercetus dari cite Bini-Bini ku gangster.. Long la yg mula panggil aku Yong.. konon nya sebab aku ni garang.. garang ke?? he he.. lagi satu diaorg kata aku brutal.. brutal mcmana pn aku tak tau.. tapi yang pasti nama Yong tu mmg dah sebati ngan aku.. sebabkan nama yong gak diaorg panggil laki aku Ayong.. hubby aku pun rapat ngan diaorg ni.. walaupun yang memulakan persahabatan ni adalah aku tp kerana ke"sporting"an hubby aku kitaorg dapat sama-sama bersahabat dalam SS ni... thanks to my hubby... 

oklah dah panjang lebarkan.. sori la kalau bosan baca.. tp kalau tak bosan bagus la.. thanks sbb sudi baca celoteh aku ni... dalam malas-malas panjang gak post aku kan... 

anyway...aku doakan dan sangat2 bharap
semoga persahabatan antara kita semua akan berkekalan... Aamiin....

##TQ ALLAH.