Showing posts with label Cerita aku.... Show all posts
Showing posts with label Cerita aku.... Show all posts

Monday, 23 June 2014

Kek Minyak Kukus

Ramai lak yg btanya kek minyak kukus ibu upload semalam...actually sblm ni dh penah share resepi dlm blog ni tapi sbb x cantik sgt kot...hihihi...

ok semalam untuk yg kedua kalinya thasil plak kek minyak kukus kedua dr ibu... tarraaa....





ok ni la kek nya...actually resepi google ni... bukan rekaan sendiri k... ambik kat blog org gak pn....tp dah kawan2 tanya ibu share je la ye...kepada pemilik blog http://ceritadanishdanumi.blogspot.com tq ya..i ambik dr blog u ye so thanks a lot....

ok jom layan resepi kek minyak kukus ni ye....

Bahan-bahan:
5 biji telur dibasuh hingga besih
3/4 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1 sudu besar ovellete
1 cawan minyak masak (saya guna minyak biasa je yg ada kat rumah)
1 cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang dlm 10min kot tgk la dah kembang tu kira ok la.
2. Bila telur dah kembang, masukkan ovelette, esen vanilla dan susu pekat. Pukul lagi hingga rata.
3. Masukan minyak masak dan perasa sambil dipukul lagi tapi sekadar untuk adunan bergaul rata.
4. Akhir sekali masukkan t.gandum dan gaul lagi hingga rata.
5. Kemudian bahagiakan adunan kepada 3 bahagian dan bancuh menggunakan warna kegemaran. 
6. Lenser loyang dgn sedikit mentega
7. Part yang paling seronok utk melapiskan adunan secara berselang seli. Ambil satu senduk adunan dan letakkan di tengah-tengah loyang. Mula la melapis berselang seli dengan warna-warna yang ada hingga habis.
8.kukus kek selama 45 minit atau sehingga kek masak.
9. nak tau masak dak cucuk ngan lidi..kalau x melekat kat lidi tu kira masak la...

ok siap boleh potong makan panas2 mmg sedap...sejuk pn sedap gak...hihihi...


**mood masak mai lagi**

Friday, 11 October 2013

Kelahiran Yang Dinanti - 2

7/10/2013

kurang lebih 4minggu sebelum tarikh yang dinanti... balik kerja maghrib tu selepas selesai solat dan makan tetiba terasa mcm sesuatu menusuk di bahagian bawah perut aku.. sampaikan nk bangun nak jalan pun sakit.. apakah petandanya ini.. takut, risau, gerun semua ada.. macam2 yang bmain dlm kepala masa tu.. en hubby pun mula resah gelisah.. untuk tak terus di selubung rasa risau aku tido awal..

8/10/2013

bangun untuk solat subuh sakit yang aku rasa semlm sepertinya tak bkurangan.. sakit yang amat bila nak bangun dan berjalan.. jadinya tpaksa la en huby ambik cuti untuk jaga aku.. disebabkan bimbang dan tak tahu kenapa aku rasa sakit yang amat bila nk bjalan.. kami ambik keputusan untuk ke klinik.. tak berani nak ke hospital memandangkan aku memang tak boleh bsalin normal.. risau takut kalau2 doc nk ceaser awal.. byk lg persiapan yang belum dibuat..
hasil pemeriksaan di klinik doc bgtau kandungan aku ok.. cuma disebabkan baby dah mula masuk ke laluan yang betul jadi tekanan tu buat aku rasa sakit.. cuma saranan doc memandangkan aku tak boleh bsalin normal.. doc sarankan aku ke hospital segera kalau sakit bertambah atau ada tanda2 lain.. sedikit sebanyak saranan dan penerangan doc membuatkan kami rasa masanya hampir tiba.. untuk tunggu hingga 30.10.2013 tu rasa dah semakin tipis.. jadi blk dari klinik walaupun tak larat dan ada rasa sakit kami tpaksa menyediakan apa yang belum dibeli.. selain tu ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan sebelum bsalin kami selesaikan segera.. risau kalau2 tpaksa bsalin awal..

9/10/2013

kesakitan yang aku harapkan bkurangan tak jugak menampakkan tanda untuk bkurang.. terasa masih menyucuk dan nyilu di bahagian ttentu.. jadi keputusan nya rujuk ke hospital... aku dah semakin yakin bahawa kelahiran ini mungkin perlu dipercepatkan...
masuk saja ke dalam bilik doc.. belum sempat aku terangkan apa yang aku rasa doc tlebih dulu menyebut secara detail apa yang aku rasa.. takde satu pun yang keluar dr mulut dia yang boleh aku sangkal.. setiap penerangan dia tepat dan memang itu yang aku alami.. lega bila doc bgtau yang itu adalah normal memandangkan ini kehamilan aku yang ketiga dan di kuatkan dengan faktor usia dan kerapuhan tulang.. baru aku sedar yang mngandung dlm usia 30an amat bbeza dengan mngandung pada usia 20an.. nak tak nak.. mahu tak mahu kena akui.. yang setiap kandungan akan bbeza kerana byk faktor terutama faktor usia dan kesihatan si ibu...doc sarankan yang kelahiran baby ku di awalkan skit dari tarikh asal.. so tarikh baru adalah pada 21.10.2013...insyaallah moga semua nya selamat.. sebelum balik sempat doc mengingatkan en huby macamana rasa seorg isteri yang mengandung.. doc kata nnt blik u ikat beras 5kg kat perut. then bawak 10bln.. apa rasa?? hihihi.. tp aku tak rasa yang en huby perlu buat semua tu sbb layanan yang dberi selama aku mgandung ni mmg dah cukup mgambar kan yang dia faham apa aku rasa.. aku rasa dia dah lebih mngerti.. thanks tu u abah.. love u ever n ever...

Monday, 30 September 2013

Kelahiran Yang Dinanti...

Assalamualaikum..

terlalu lama rasa bcuti dari mencoretkan sesuatu dalam blog ni.. perasaan malas dan tak larat sejak mengandung menyebabkan idea tak datang... tp hari ini.. mood kembali.. dah semakin hampir saat2 yang amat aku nantikan...

kelahiran hadiah perkongsian hidup aku dan suami insyaallah akan lahir sebulan dari tarikh hari ini... 30.10.2013 adalah tarikh dan detik yang sangat aku nnt kan buat masa ini... insyaallah pada hari itu nnt akan lahir seorang lagi puteri kesayangan kami..

insyaallah andai tiada apa yang berlaku dan segalanya berjalan seperti yang dirancang.. tanggal tarikh tersebut aku akan menjalani proses kelahiran secara ceaser/operate buat kali ke 3... bukan atas kehendak bukan atas kemahuan tapi setelah 2 kali menjalani proses tersebut secara automatiknya doctor tak membenarkan aku melahirkan secara normal... dalam hati ada tdetik ingin merasa bersalin secara normal seperti ibu-ibu yang lain.. tp andai telah ttulis aku tak mampu.. aku redha.. sekurang2 nya aku bpeluang mengandung dan melahirkan... masih ramai diluar sana yang tak bpeluang mengandung dan punyai zuriat.. jadi pada aku bukan la satu kekurangan walaupun tak dapat melahirkan anak secara normal.. alhamdulillah syukur...

kepada puteri2 ibu.. ibu redha atas kesakitan yang ibu perlu tanggung untuk melahirkan kalian.. ibu redha ini suratan untuk ibu.. sakit yang ibu tanggung ni tak setanding dengan nikmat yang Allah bagi.. hadirnya kalian sejuta kali lebih dari apa yg ibu perlu tanggung...

Terima Kasih Allah...

Monday, 26 August 2013

Anak-anak Syria..Berbahagia lah kalian di syurga..

Assalamualaikum.. lama aku tak mencoret sesuatu dlm blog ni..

kali ni tpanggil untuk mencoret sesuatu.. bila hari-hari mata ini disajikan dengan gambar dan video yang sangat menyentuh hati bkenaan apa yg terjadi pada saudara islam kita di bumi Mesir.. 

terus terang hati aku sedikit sebanyak dapat merasakan pedihnya bila melihat anak2 kecil yg tak bdosa dibunuh dengan kejam.. tp apa kan daya.. tangan ni tak mampu bbuat apa2 kecuali bdoa pada yang Esa..

Pedih dan luluh hati aku ni btambah bila tsebarnya gambar beribu anak2 syria yg tak bdosa dibunuh dengan senjata kimia.. kejam sungguh manusia hingga sanggup melakukan perkara sedemikian rupa yang mana aku pasti binatang pn tak sanggup nk lakukan.. Ya Allah adakah ini peringatan Mu terhadap kami.. Ya Allah ampunkan dosa kami dan selamatkan kami di dunia dan akhirat...

bila tpandang gambar dan wajah anak2 yg tseksa saat menemui ajal mereka jari jemari aku pantas menari mencoretkan satu coretan yang sememangnya lahir dari hati aku.. nk ku gelarkan sebagai sajak aku rasa tak setanding itu kerana aku bukan penyajak.. nk ku katakan ianya sebuah puisi jauh sekali kerana aku bukanlah seorg puitis.. tp yang pasti ini adalah rasa hati aku.. jeritan hati aku bila melihat penyiksaan mereka.. aku kongsi kan bersama kalian agar sedikit sebanyak kalian juga turut dapat merasa kepedihan ini dan sama2 kita bdoa agar segalanya ini akan berakhir dan mereka yang zalim akan mdpt balasan dari yang Maha Esa...


Duhai anak yg tak berdosa..

Selamat tidur untuk selamanya..
ucapkanlah selamat tinggal dunia yg penuh sengketa..
nanti kalian kan dibangkitkan disyurga penuh nikmat tak tkata.. 
sesungguhnya kalian dipilih utk menjadi penghuni syurga..
Duhai anak yg tak berdosa..
Biarkan mereka yang kejam dibalas dan diseksa di neraka..
itu janji Allah yang Esa..
Duhai anak yg tak berdosa..
kami ibu dan bapa serta saudara
hanya mampu mengiringi kalian dengan doa dan airmata
memang pedih hati untuk menerima..
kalian dibunuh sedemikian rupa..
Duhai anak yg tak berdosa..
kami sedar kami insan hina penuh dosa..
kami membiarkan kalian diperlaku seperti tiada harga..
Duhai anak yg tak berdosa..
kami tak berdaya untuk melawan musuh durjana..
maafkan kami duhai anak..maafkan kami yang sentiasa leka dengan nikmat dunia..
Ya Allah hanya pada mu kami meminta..
agar semuanya tamat segera..
agar tiada lagi korban yang tak berdosa menjadi mangsa
Ya Allah turunkan lah bala pada mereka yang kejam dan durjana
yg sewenang2 melapah tubuh meragut nyawa
Ya Allah hanya Engkau yang Maha berkuasa..
hanya padaMu kami berserah sepenuh jiwa sepenuh raga..

Nukilan : yanhasrul <4:44pm 22.08.13>


Friday, 12 April 2013

Suatu perjalanan....

Alhamdulillah minggu ni dah hampir 10minggu usia kandungan aku.. teruja memang teruja.. setelah keguguran kandungan yang sebelum ni pengalaman mengandung kali ni memang lain sikit..

Layanan suami..
setakat hari ini layanan suami aku memang beri yang terbaik.. rasa macam mengandung anak pertama plak.. tambahan plak mengandung kali ni aku rasa alahnya lain sangat... rasa macam alah yang paling teruk aku kena..semua kerja rumah dan urusan anak2 suami aku yang ambik alih.. kesian gak kadang2 tengok dia tak rehat sampai anak-anak dan aku tido.. tq sayang...

ok aku nk share antara alahan aku..

1. Tak boleh makan / tengok nasi..

aku langsung tak boleh makan nasi kecuali nasi yang dimasak oleh orang2 tertentu (family).. nasi bungkus, nasi campur, nasi apa sekalipun yang bukan homemade minta maaf.. tekak aku tak leh terima langsung.. penah pegi kedai makan.. masuk kedai je aku dah melepek.. bila tengok nasi dan susunan lauk pauk aku terus rasa macam nak pitam..menggeletar kaki dan tangan aku.. malah lalu kedai makan pun buatkan aku lemah satu badan.. dasyat kan... membayangkan nasi sepinggan pun leh buat aku lemah satu badan...

2. Tak boleh drive

aku tak boleh drive.. bila ingat nk drive kepala aku mula sakit.. sebenarnya masuk keta pun aku rasa lemah.. kepala start bedenyut-denyut...

3. Tak boleh bau busuk/wangi..

apa saja bau aku tak boleh hidu.. samada bau tu wangi atau pun busuk.. penah sekali turun kereta terhidu bau yang sangat2 la tak menyenangkan terus bersembur muntah aku.. bau minyak wangi suami aku pun aku tak tahan..

4. Tak suka dicium dek damia

yang ni sedih sikit la.. kadang2 aku tahan gak la.. aku alah dengan ciuman anak kedua aku.. anak kedua aku ni lak memang suka mencium.. kira dalam satu hari tu dia akan cium aku setengah jam sekali kot.. pastu lak dia suka main mulut aku.. sebelum tido atau bila dia suka tu la hobi dia.. tp sekarang semua tu dah terhad.. tiap kali dia cium atau main mulut aku, aku rasa cam nak muntah dan rasa rimas.. kesian kan.. sorry sayang.. ibu harap alah ibu yang ni akan cepat hilang..

5. Suka makan pizza hut, kfc dan roti sapu kaya..

ha ni la antara makanan yang boleh masuk dengan aman ke dalam perut aku.. hanya makanan ni sahaja yang betul2 boleh diterima dek tekak. maintenance tinggi anak ibu sorang ni.. sabar ye abah...he he he




Monday, 11 March 2013

Alhamdulillah.. Ini Rezeki dariMu..

Alhamdulillah...

Terima kasih Ya Allah kerana Engkau telah kurniakan aku rezeki ini lagi... Kau telah hadirkan satu janin dalam rahimku ini.. Sebelum ini Engkau pernah pinjamkan satu janin untuk bersemi di rahimku ini namun engkau ambil kembali janin itu sebelum sempat dia lahir ke dunia Mu ini.. mungkin dia bukan untukku di dunia ini..tapi mungkin dia menjadi sahamku di akhirat nanti..aku akui perasaan aku tatkala itu sukar aku gambarkan.. malah hingga saat dan tika ini masih tersisa rasa itu dalam hatiku...namun aku redha itu milik Mu.. Hanya Engkau yang layak memberi dan hanya Engkau yang layak untuk mengambilnya kembali.. Aku yakin, pasti ada hikmah tsembunyi.. aku pasti Kau akan hadirkan pengganti.. dan tertanya itu semua telah menjadi kenyataan.. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah Engkau perkenankan jua doaku...

Ya Allah.. aku pohon padaMu.. Kau perliharalah anak yang aku kandung ini.. Engkau sempurnakan lah sifat dan perilakunya mengikut ajaran dan jalan Mu..

Ya Allah.. Engkau jauhi kami dari malapetakaMu.. Engkau letakkan kami dalam perlindungan Mu.. Perliharalah anak ini sehingga dia lahir ke dunia dan seterusnya hingga ke akhir hayatnya.. biarkan dia lahir dan membesar bersama ku Ya Allah... akan aku jaga permata ini sebaiknya.. aku tidak sanggup lagi menyampaikan berita duka pada mereka yang mengharapkan kehadiran permata ini Ya Allah... Aku mahu mereka gembira dengan berita kelahiran anak ini nanti Ya Allah...

Ya Allah perkenankan doaku ini... Rahmati dan lindungi aku dan bayi ini...

Aamiin Ya Rabalalamin...

Saturday, 9 March 2013

Surprise!!!! Panggang Jangan Tak Panggang

Nak story sikit psl surprise yang hubby aku buat...

Tara... tetiba ada org hantar ke rumah sesuatu yg dah lama aku idamkan.. PEMANGGANG AJAIB...


en hubby kata ni hadiah anniversary kami... awal lak dapat dari tarikh.. tp apa2 pun hepi sgt sbb mmg lama dah idamkan.. tak sangka lak dia nk beli.. dah tu kena sgt dengan masa dan ketika nya.. mmg pada saat ni aku amat perlukan pemanggang serbaguna ni untuk memudahka kerja2 masak memasak aku.. mmg ada sebab yang sangat besar tp biarlah aku rahsiakan dulu buat seketika.. bila tiba masanya nnt aku akan share gak kenapa pemanggang ni sangat la bguna buat aku skrg ni.. 

anyway to my beloved hubby tq so much sayang...love u ever...

##TQ ALLAH


Friday, 1 March 2013

Kampung oh kampung...

Bila lama tak balik kampung
Aku selalu rasa.....

Rindunya pada kampung..
Rindunya pada Mak
Rindunya pada Kakak
Rindunya pada abang
Rindunya pada anak-anak saudara
Rindunya pada cucu-cucu saudara
Rindunya pada semua..

Bila dah ada perancangan untuk balik kampung
Aku akan rasa.....

Lambatnya masa berlalu
Lambatnya nak habiskan sehari
Lambatnya nak habiskan seminggu
Lambatnya nak pagi
Lambatnya nak siang 
Lambatnya nak petang
Lambatnya nak malam
Lambatnya nak tunggu hari itu
Lambatnya semua

Bila tiba ke kampung
Aku akan rasa...

Cepatnya masa berlalu
Cepatnya hari berganti hari
Cepatnya habis cuti
Cepatnya dah pagi
Cepatnya dah siang
Cepatnya dah petang
Cepatnya dah malam
Cepatnya dah nak kena balik
Cepatnya semua...

itulah mainan perasaan yang pasti takkan pernah hilang 
semua itu akan terus aku rasa 
kerana aku disini 

Jauh dari kampung
Jauh dari Mak 
Jauh dari kakak
Jauh dari abang
Jauh dari anak-anak saudara
Jauh dari cucu saudara
Jauh dari mereka yang telah membesarkanku
Jauh dari segala yang pernah aku miliki dulu

Namun aku bersyukur walaupun aku jauh dari mereka
disini aku masih 

Punya suami yang menyintaiku
Punya anak yang amat memerlukakan
Punya mak mertua yang amat menyayangiku
Punya keluarga mertua yang amat baik denganku
Punya tempat yang melindungi aku dan keluargaku
Punya kerja yang memberi aku rezeki untukku
Punya rakan yang sentiasa menemaniku
Punya segala yang cukup membahagiakanku

Ya Allah besarnya nikmat hidup yang Kau telah beri pada kami.. walau apa pun yang kami lalui dan rasai itu sebenarnya adalah nikmat dariMu.. Alhamdulillah....

## TQ ALLAH





Thursday, 21 February 2013

Makan-makan Bersama SS...(09.02.2013)

Assalamualaikum..

lama x mencoret dlm blog ni.. sibuk + ada sedikit kemalasan sebenarnya... kalau nk ikut kan story memang banyak yg nk dicoretkan tapi bila malas menguasai semuanya tak menjadi...

ok story yang aku nak share kali ni adalah bkenaan dengan Dinner with SS group.. SS tu asal daripada Sahabat Selamanya.. SS ni terdiri daripada 5 family kesemuanya..kitaorg penah melalui zaman susah dan senang bersama... yg tu next post kita story ok...

ok lokasi makan malam kami adalah di Restoran Nelayan Kuala Juru..

kitaorg sampai dalam kul 9.00pm.. dan ini antara menu yang dipilh oleh aku atas psetujuan sahabat yang lain.. ni baru 1/3 je tau.. actually byk lg yg di order tp x sempat nk snap pic sbbnya semua dah kelaparan..nampak sedapkan.. makanan kat sini memang sedap dan harga pun sangat berpatutan.. promote skit.. he he


ok bila makanan semua dah sampai.. group anak-anak lebih di utamakan untuk merasmi juadah.. actually ibu2 ngan abah2 ni bijak.. bg anak-anak makan dulu supaya nanti time ibu2 abah2 nk bersantap takde la yg mengganggu kan sbb anak-anak dah kenyang.. bijakkan.. tapi apa-apa pun seronok tengok anak-anak makan dengan penuh selera.. mana tak nya ikan masak steam tu abis tinggal tulang je.. nak tengok macamana seleranya anak2 kitaorg makan jom kita layan pic kat bawah ni...


Meriahkan.. ibu ngan abah semua tak sempat nak duduk melayan anak-anak makan.. macam-macam gelagat diaorg ni yang mencuit hati.. ada yg nak naik atas meja pun ada.. 

bila dah settle anak-anak makan.. time ibu ngan abah lak makan.. 


masa ni anak-anak dah buat restoran ni cam kitaorg punya dah.. dah jumpa geng semua satu kepala cakap apa pun dah tak guna dah.. so bagi je la diaorg nk buat apa pun janji jangan sampai jatuh atau sakit dah.. nk tau apa yang anak-anak buat time ni... tengok pic kat bawah tu.. pening jap kepala tuan kedai tu kot tengok diaorg main.. he he he


 gambar kat atas tu memang gegar sebab anak aku yang 4thn tu yg snap kan.. lg pun tempat yang diorg main tu adalah ruang makan bersila (lantai papan) so kalau dah semua berlari pastu ada yang panjat terjun semua sah-sah la gegar kan... ruang tu memang jadi nurseri malam tu.. takde org yg berani nk naik makan atas tu kot.. itu la anak-anak SS...sabo je la kan..anak2 SS ni memang semua dah serasi dan rapat dah macam adik beradik.. kat bawah ni pic yang mungkin boleh membayangkan betapa akrabnya kitaorg semua..








kat bawah ni kita pkenalkan la skit pasal anggota dlm SS Group ni.. sikit je kalau teringin nk tau lebih tunggu next post ok..

kita mula dengan pasangan bahagia En Hezri dan Pn Azlina yg kitaorg gelarkan dengan panggilan LONG atau Ayah dan ummi bagi anak-anak aku.. actually dia anak bongsu dlm family tp memandangkan dalam SS Group dia paling "matang" dan paling kitaorg hormat so panggilan LONG teramat la sesuai kan... Long ni plak adalah merupakan penasihat bagi SS Group sbb SS Group selalunya jadikan long sbgai tempat rujukan kalau ada apa-apa masalah atau kecelaruan fikiran..



Seterusnya ni adalah pasangan bahagia En Rafhan & Pn Mila atau dalam SS Group kami panggil dengan gelaran Ngah.. dlm family sebenar dia adalah anak sulung.. kenapa ngah.. sbb dia ni selalu jadi penyelamat keadaan.. apa saja dan bila saja SS Group perlukan bantuan ngah pasti sampai.. kira cam rescue 999 la.. hihi..ngah sesuai la sbb cam jadi org tengah kan.. anyway ngah memang banyak tolong SS time SS susah.. terutama aku sbb aku memang selalu nampak ngah je kalau keadaan kecemasan.. he he.. 


next couple adalah pasangan En Rizal & Pn Murni.. yg ni lak kitaorg panggil paksu walaupun dalam family dia, dia ada ramai lagi adik.. kenapa kitaorg panggil paksu.. sbb dia ni pak lawak sikit la dalam SS Group.. kalau ada dia SS Group ni pasti tak kering gusi.. dia lak jenis hepi go lucky.. tak kira la dalam keadaan apa pun dia nampak cool je.. dia jenis ok je.. layan kepala dia ni kadang-kadang kita pun naik pening.. tapi paksu best..memang terasa sikit la kesunyiannya kalau paksu tak join time SS berkumpul.. he he..


Itu antara yang hadir masa dinner tu.. actually ada satu lg pasangan tp malam tu dia tak dpt join.. pasangan En Norazmi & Pn Nam yang kitaorg gelarkan dengan panggilan lang.. pic kat bawah ni adalah pic waktu dinner seminggu selepas Dinner SS tu.. kebetulan jumpa lang kat kedai makan.. tu la Allah aturkan jugak ptemuan kitaorg wlaupun x dirancang.. Lang ni sebenarnya kawan kepada Long.. kami semua tak penah kenal lang sebelum ni.. long yang kenalkan.. tapi sebab keikhlasan masing-masing untuk kenal dan rapat Alhamdulillah sehingga hari ni hubungan persahabatan kami semua memang akrab dan dah macam dah kenal lama.. 


ok korang mesti nk tau apa panggilan aku dalam SS Groupkan.. Yong.. ha tu la panggilannya.. SS semua kenal aku dengan Yong.. hinggakan anak2 SS pun kenal aku dengan panggilan Yong.. kenapa Yong kan.. Yong tercetus dari cite Bini-Bini ku gangster.. Long la yg mula panggil aku Yong.. konon nya sebab aku ni garang.. garang ke?? he he.. lagi satu diaorg kata aku brutal.. brutal mcmana pn aku tak tau.. tapi yang pasti nama Yong tu mmg dah sebati ngan aku.. sebabkan nama yong gak diaorg panggil laki aku Ayong.. hubby aku pun rapat ngan diaorg ni.. walaupun yang memulakan persahabatan ni adalah aku tp kerana ke"sporting"an hubby aku kitaorg dapat sama-sama bersahabat dalam SS ni... thanks to my hubby... 

oklah dah panjang lebarkan.. sori la kalau bosan baca.. tp kalau tak bosan bagus la.. thanks sbb sudi baca celoteh aku ni... dalam malas-malas panjang gak post aku kan... 

anyway...aku doakan dan sangat2 bharap
semoga persahabatan antara kita semua akan berkekalan... Aamiin....

##TQ ALLAH.






Monday, 18 February 2013

Ikut sunnah Rasulullah dlm mendidik anak....

assalamualaikum...

terpanggil untuk share something yg aku rasa sangat menarik.. bila aku terbaca saja artikel di bawah ni tetiba aku jadi takut.. takut aku tak mampu mendidik anak2 aku sebaiknya. takut kalau2 aku tsilap langkah dalam mendidik mereka... sebenarnya bukan baru sekarang aku rasa mcmni tapi selalu sgt.. tiap kali anak2 aku buat silap.. tiap kali aku marah anak2 aku.. aku akan tanya balik pada diri sendiri betul ke tindakan aku tu.. 

sebenarnya melalui pengalaman aku yg tak seberapa ni.. aku bpendapat mendidik seseorg anak itu berbeza antara satu sama lain.. bukan nk bezakan mereka.. tp setiap anak ada kelebihan dan kekurangan sendiri.. kita perlu bijak menangani setiap kerenah mereka dengan cara yg sesuai dengan kelebihan dan kekurangan mereka.. seperti aku.. anak aku yg sulung sgt lembut org nya.. dia jugak sensitif.. dan yang paling tak tahan nya dia bijak bermain kata-kata.. jadi untuk mengajar dia sesuatu atau menegur kesilapan dia, aku kena bijak mengatur kata-kata.. kena sentiasa berhati-hati dalam apa jua tindakan.. kalau tersilap kata tersalah langkah pasti dia akan mempersoalkan kembali..dan dia jenis pendam dan suka simpan. dan ada masanya dia akan mengungkit.. pada aku dia terlalu bijak dan kerana itu aku kena mendidik dia dengan cara yang bijak.. berlainan dengan anak kedua aku.. dia sedikit kasar tapi dia kuat merajuk dan manja. dia cuma kasar dalam tingkahlaku je kira mcm dlm hati ada taman la.. dia kuat cemburu..sama mcm kakak dia jugak bijak bermain kata2 tp dia jenis straight to the point.. dia plak ada masanya mudah terima dan dia selalu guna ayat "ok la".. just cute je...dia jarang pendam dalam hati, tapi mungkin kerana dia masih kecik kot..

begitu la istimewa nya anak2 ku.. aku harap sangat agar aku dan suami dapat mendidik mereka mengikut Sunnah Rasulullah seperti artikel di bawah ni.. kalau pun tidak sepenuhnya.. cukup la sekadar yang tmampu..  Moga Allah permudahkan dan tunjukkan kami jalan yang benar dalam mendidik anak-anak kami...






## TQ ALLAH



Saturday, 2 February 2013

Riang Ria di hari lahir..- Part II

Assalamualaikum...

Ok sambungan kepada part I... lps dah kenyang makan kek n icecream.. abah menunaikan janji ngan anak-anak.. bermain puas-puas kat playground.. destinasi kami adalah.....

CYC Mega World Kiddies Sunway Carnival Mall Seberang Jaya...


Tau kenapa tempat ni jd pilihan.. sebabnya adalah "besday girl" akan di beri masuk percuma pada tarikh ulang tahun kelahiran.. so ceritanya Damia dapat masuk free la ni.. he he.. 

ok sambung cerita.. kitaorg sampai kat sini dalam kul 3.00 lebih camtu.. xcited budak berdua ni nak masuk.. dalam kepala ibu lak "masak la nk menunggu budak berdua ni..he he he" actually tempat ni boleh je kalau kita nk tinggalkan anak-anak kita main dalam ni.. kalau ank dah besar sikit rasanya tak jadi masalah, lg pun sepemerhatian aku la penjaga tempat ni mmg kawal sepenuhnya ank2 kita.. budak2 tu takkan dilepaskan keluar kecuali mak bapak berdiri depan pintu masuk tu.. lg satu kalau anak kita nangis diaorg akan segera call.. cctv pun di pasang keliling tempat tu.. emm tp aku tak tinggal la anak2 aku.. he he.. ok jom layan pic aksi dua beradik ni...

 ok pakai stokin dulu.. syarat pertama untuk masuk main adalah pakai stokin.. sapa2 tak bawak stokin leh beli kat situ harga RM2.50... ticket RM9.00 sekali bayar pastu main la sampai kul 10pm... he he.. memang masak la ni japg..huhuhu
 ready to go... masuk2..
 ok tunjuk tag masing2.. sorg free sorg berbayar..
 tempat pertama yg dicari adalah lautan bola.. wah memang muka hepi sesangat tu.. adik cari apa tu...
ok .. hak bermain adalah hak anda.. panjat la nk panjat pun.. terjun la nk terjun pun.. janji jgn jatuh sakit dah.. tp dengan jaring kiri kanan keliling tu InShaaAllah tahap keselamatan tu tinggi la skit.. just careful ok anak2...





bila dah berjam2 main.. adik dah tak larat dah.. bateri dah low la tu.. ibu rasa ibu faham adik nak apa.. jap ek...tgk la muka tu...ish2 kesian...


ha ni la charger nye.. hihihi.. atas bangku kayu pun layan ye dik.. mata tu nk tido sebenarnya tapi hati kuat nk main lagi.. sampai merah mata tu tahan mengantuk.. sabo je la kan... apa2 saja untuk mu anak2 ku...


Bila bateri dah caj sampai penuh adik sambung main semula ngan along... dari kul 3.00pm sampai kul 9.00pm.. memang main sungguh2.. sekali skala abah bg kebebasan.. anak2 tak sia2kan... budak yg jaga tempat tu pun tkejut tgk anak2 ibu ni langsung tak nampak penat wlaupun dah berjam main... masa nk balik tu siap abah kena pujuk ngan macam2..tp still tak laku jugak.. last skali ibu suruh kakak yg jaga tu bgtau kata nk tutup dah.. baru la ank2 ibu ni nak keluar.. hihihi... 

ha ni sesi abah memujuk mia...merayu2 abah ajak mia balik.. hihihi.. kata lg main sampai puas.. mana la budak2 ni reti puas.. kalau tak, takde la slogan "Hak bermain adalah hak kami" ambik kau..kuikuikui


akhirnya dalam kul 9.00pm lebih anak2 ibu bjaya keluar dari tempat tu.. sempat la posing mcam biasa.. kalau tgk kan gambar kat bawah ni memang org tak caya kot masa tu dah kul 9pm lebih.. muka memang macam baru sampai je kan..



sebelum balik adik sempat mengamuk.. nk beli mcam2.. adeh sabo je la...gambar ni diambil selepas aksi guling2.. kalau la tak sabar mmg kena dah.. tp tu la Allah Maha Kaya..selalunya dalam melayan kerenah anak2 kita diberi kesabaran yang tinggi dan kadangkala diluar jangkaan kita..sebab anak2 adalah anugerah dan permata hati yang tak ternilai...


ok sebabkan adik mengamuk jadi kitaorg tak jadi la balik lagi.. so bawak la anak2 ni pusing kat ground floor lak.. tau apa yg diaorg jumpa kat bawah tu.. taraaa....waaaa ibu rasa macam nak nangis dah...



menyesal lak sbb turun bawah..lupa lak ada benda alah ni.. nak tak nak bagi gak la diaorg main kejap.. masa ni muka ibu dah jd singa lapar dah.. dah la memang lapar.. dalam kul 10pm camtu barulah kitaorg bjaya keluar dari tempat ni.. huhuhu.. perut jgn cite la laparnya mmg tahap cipan dah.. 

so destinasi pilihan utk makan malam adalah "De'Pauh Garden Taman Pauh"... sorry la pic tak sempat ambik sbb ibu dh takde mood yg amat sangat.. lepas abis makan terus balik dan anak2 tak sempat sampai umah dah ketiduran dalam kereta sebab kepenatan..

yang pasti ibu dan abah puas sebab tgk anak2 hepi...
apa saja untuk kalian..

## TQ ALLAH








Riang Ria di hari lahir...- Part I

Assalamualaikum..

emmm masih tak abis lg nk story pasal besday mia.. along jgn jeles ye sayang.. nnt besday along pn ibu buat yg tbaik ok..

tahun ni besday mia jatuh pada hari sabtu.. pg2 tu kitaorg just wish je.. abah lak sibuk nk buat aircond.. sbb aircond keta dah teruk.. so abah kluar pagi2.. ibu pun takde apa2 plan pun nk sambut besday mia..bila dah tghari baru mia cam tperasan yg ibu cam takde buat psiapan pun utk besday dia.. he he he.. so dia start bising.. dalm kul 12lebih bila abah balik.. mia bising kat abah.. kakak lak asyik sebut pasal kek.. ye la pada diaorg besday adalah kek dan kek adalah besday...

so dlm rancang dan tak rancang abah bawak ibu ngan ank2 kluar.. tempat ptama yg kitaorg tuju adalah



 ni aksi adik yg konon2 cam tiup lilin.. tahun ni kita tukar skit ye sayang.. tiup burger.. best gak kan...

 Along bila dah dapat icecream semua tak nampak dah..

ni je menu ibu ngan abah.. siap share lg.. bukan apa anak2 punya pilihan dah banyak.. kompom tak abisnye.. so ibu ngan abah standby je la utk jadi tukang perabih...

seronok anak2 ibu dapat makan kek dan ice cream... ibu ngan abah bg sepenuh kebebasan utk adik dan kakak pilih nak makan apa.. so apa lg mmg korang gunakan sepenuh kesempatan yang ada ye.. he he..

ok cam biasa2 anak2 ku dan aksi2nya...walaupun sambil makan tp mereka tetap akan beraksi dengan kamera.. 







gambar bawah ni memang gambar real time diaorg tgh makan.. memang selera sungguh.. lapar pun ye tu sbb sblm kluar tu breakfast ala kadar je.. so tak sia2 la abah blanja makan hari ni...







sedap ye dik.. mmg seronok bila sambut besday ngan family je.. just fun.. hehehe


lepas abis makan tu abah janji nk bawak adik ngan kakak main kat playground.. abah kata main puas2.. sampai tutup pun takpe.. dalam hati ibu masak la kena tgg budak2 ni puas main.. diaorg mana reti puas.. kalau tak caya tgk je la nnt... kitaorg abis makan dalam kul 3.00ptg camtu..budak2 ni pun dah tak sabar nk ke playground..

nk tgk aksi2 kat playground lak... follow post seterusnya ok.. tunggguuuuu....



## TQ ALLAH