Showing posts with label My Friends. Show all posts
Showing posts with label My Friends. Show all posts

Thursday, 21 February 2013

Makan-makan Bersama SS...(09.02.2013)

Assalamualaikum..

lama x mencoret dlm blog ni.. sibuk + ada sedikit kemalasan sebenarnya... kalau nk ikut kan story memang banyak yg nk dicoretkan tapi bila malas menguasai semuanya tak menjadi...

ok story yang aku nak share kali ni adalah bkenaan dengan Dinner with SS group.. SS tu asal daripada Sahabat Selamanya.. SS ni terdiri daripada 5 family kesemuanya..kitaorg penah melalui zaman susah dan senang bersama... yg tu next post kita story ok...

ok lokasi makan malam kami adalah di Restoran Nelayan Kuala Juru..

kitaorg sampai dalam kul 9.00pm.. dan ini antara menu yang dipilh oleh aku atas psetujuan sahabat yang lain.. ni baru 1/3 je tau.. actually byk lg yg di order tp x sempat nk snap pic sbbnya semua dah kelaparan..nampak sedapkan.. makanan kat sini memang sedap dan harga pun sangat berpatutan.. promote skit.. he he


ok bila makanan semua dah sampai.. group anak-anak lebih di utamakan untuk merasmi juadah.. actually ibu2 ngan abah2 ni bijak.. bg anak-anak makan dulu supaya nanti time ibu2 abah2 nk bersantap takde la yg mengganggu kan sbb anak-anak dah kenyang.. bijakkan.. tapi apa-apa pun seronok tengok anak-anak makan dengan penuh selera.. mana tak nya ikan masak steam tu abis tinggal tulang je.. nak tengok macamana seleranya anak2 kitaorg makan jom kita layan pic kat bawah ni...


Meriahkan.. ibu ngan abah semua tak sempat nak duduk melayan anak-anak makan.. macam-macam gelagat diaorg ni yang mencuit hati.. ada yg nak naik atas meja pun ada.. 

bila dah settle anak-anak makan.. time ibu ngan abah lak makan.. 


masa ni anak-anak dah buat restoran ni cam kitaorg punya dah.. dah jumpa geng semua satu kepala cakap apa pun dah tak guna dah.. so bagi je la diaorg nk buat apa pun janji jangan sampai jatuh atau sakit dah.. nk tau apa yang anak-anak buat time ni... tengok pic kat bawah tu.. pening jap kepala tuan kedai tu kot tengok diaorg main.. he he he


 gambar kat atas tu memang gegar sebab anak aku yang 4thn tu yg snap kan.. lg pun tempat yang diorg main tu adalah ruang makan bersila (lantai papan) so kalau dah semua berlari pastu ada yang panjat terjun semua sah-sah la gegar kan... ruang tu memang jadi nurseri malam tu.. takde org yg berani nk naik makan atas tu kot.. itu la anak-anak SS...sabo je la kan..anak2 SS ni memang semua dah serasi dan rapat dah macam adik beradik.. kat bawah ni pic yang mungkin boleh membayangkan betapa akrabnya kitaorg semua..








kat bawah ni kita pkenalkan la skit pasal anggota dlm SS Group ni.. sikit je kalau teringin nk tau lebih tunggu next post ok..

kita mula dengan pasangan bahagia En Hezri dan Pn Azlina yg kitaorg gelarkan dengan panggilan LONG atau Ayah dan ummi bagi anak-anak aku.. actually dia anak bongsu dlm family tp memandangkan dalam SS Group dia paling "matang" dan paling kitaorg hormat so panggilan LONG teramat la sesuai kan... Long ni plak adalah merupakan penasihat bagi SS Group sbb SS Group selalunya jadikan long sbgai tempat rujukan kalau ada apa-apa masalah atau kecelaruan fikiran..



Seterusnya ni adalah pasangan bahagia En Rafhan & Pn Mila atau dalam SS Group kami panggil dengan gelaran Ngah.. dlm family sebenar dia adalah anak sulung.. kenapa ngah.. sbb dia ni selalu jadi penyelamat keadaan.. apa saja dan bila saja SS Group perlukan bantuan ngah pasti sampai.. kira cam rescue 999 la.. hihi..ngah sesuai la sbb cam jadi org tengah kan.. anyway ngah memang banyak tolong SS time SS susah.. terutama aku sbb aku memang selalu nampak ngah je kalau keadaan kecemasan.. he he.. 


next couple adalah pasangan En Rizal & Pn Murni.. yg ni lak kitaorg panggil paksu walaupun dalam family dia, dia ada ramai lagi adik.. kenapa kitaorg panggil paksu.. sbb dia ni pak lawak sikit la dalam SS Group.. kalau ada dia SS Group ni pasti tak kering gusi.. dia lak jenis hepi go lucky.. tak kira la dalam keadaan apa pun dia nampak cool je.. dia jenis ok je.. layan kepala dia ni kadang-kadang kita pun naik pening.. tapi paksu best..memang terasa sikit la kesunyiannya kalau paksu tak join time SS berkumpul.. he he..


Itu antara yang hadir masa dinner tu.. actually ada satu lg pasangan tp malam tu dia tak dpt join.. pasangan En Norazmi & Pn Nam yang kitaorg gelarkan dengan panggilan lang.. pic kat bawah ni adalah pic waktu dinner seminggu selepas Dinner SS tu.. kebetulan jumpa lang kat kedai makan.. tu la Allah aturkan jugak ptemuan kitaorg wlaupun x dirancang.. Lang ni sebenarnya kawan kepada Long.. kami semua tak penah kenal lang sebelum ni.. long yang kenalkan.. tapi sebab keikhlasan masing-masing untuk kenal dan rapat Alhamdulillah sehingga hari ni hubungan persahabatan kami semua memang akrab dan dah macam dah kenal lama.. 


ok korang mesti nk tau apa panggilan aku dalam SS Groupkan.. Yong.. ha tu la panggilannya.. SS semua kenal aku dengan Yong.. hinggakan anak2 SS pun kenal aku dengan panggilan Yong.. kenapa Yong kan.. Yong tercetus dari cite Bini-Bini ku gangster.. Long la yg mula panggil aku Yong.. konon nya sebab aku ni garang.. garang ke?? he he.. lagi satu diaorg kata aku brutal.. brutal mcmana pn aku tak tau.. tapi yang pasti nama Yong tu mmg dah sebati ngan aku.. sebabkan nama yong gak diaorg panggil laki aku Ayong.. hubby aku pun rapat ngan diaorg ni.. walaupun yang memulakan persahabatan ni adalah aku tp kerana ke"sporting"an hubby aku kitaorg dapat sama-sama bersahabat dalam SS ni... thanks to my hubby... 

oklah dah panjang lebarkan.. sori la kalau bosan baca.. tp kalau tak bosan bagus la.. thanks sbb sudi baca celoteh aku ni... dalam malas-malas panjang gak post aku kan... 

anyway...aku doakan dan sangat2 bharap
semoga persahabatan antara kita semua akan berkekalan... Aamiin....

##TQ ALLAH.






Friday, 21 December 2012

Aku redha dengan pemergianmu teman...


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Bait-bait lagu Hijjaz ini benar2 meruntun jiwa... tak tertanggung rasanya perasaan aku tiap kali mendengarnya.. tapi aku harus kuat.. harus redha dengan pemergiannya.. perginya meninggalkan segala yg pernah dimiliki di dunia ini.. perginya membawa suatu ikatan kasih sayang yang tak mungkin tpadam.. perginya meninggalkan kesan yang amat dalam di hati ini...

Tika menerima berita tentang pemergianmu teman..menggigil seluruh tubuh.. gelap seketika pandangan.. terhenti seketika degup jantung.. habis lenyap segala kekuatan yang ada.. lemah longlai kaki untuk melangkah.. ingin sekali rasanya untuk aku membayangkan ini hanya satu mimpi... 

Tapi segala yang telah tertulis di sana tidak mungkin dapat kita ubah... tidak mungkin dapat kita lewat kan walaupun untuk sesaat...

Teman pemergian mu membuatkan ada sedikit kekesalan terbekas di hati ini.. kesal kerana kita telah lama tidak mluangkan masa untuk bersama bkongsi suka dan duka.. kesibukan menjalankan kehidupan yang jauh berbeza dari alam remaja kita dulu telah membuatkan kita jauh.. hampir aku tlupa seketika kita pernah bsama tika senang dan susah.. tika tawa dan duka.. terlalu banyak kenangan remaja yang telah kita ciptakan bersama dulu.. maafkan aku teman kalau kau rasa aku mlupakanmu.. tapi sebenarnya kau punyai tempat tersendiri dihati ini cuma jarak dan masa memisahkan kita.. teman..kerana kejauhan aku dari hidupmu selama ini yang membuatkan hati aku sukar menerima kehilanganmu...  

Teman.. masih tbayang wajah cantikmu.. masih terngiang2 suara dan tawamu.. masih tdengar gurau sendamu..  kau seorg yang tabah berbagai dugaan hidup telah kau tempuhi tanpa kami disisi.. namun begitu kau tetap ceria tiap kali kita bsua.. itu semuanya kerana diantara kita kau seorg yg amat periang hingga kadangkala kami melayan mu seperti keadik-adikkan.. kau jua seorg yg amat penyayang.. tapi entah mengapa semua itu tidak aku rasakan sewaktu kali terakhir kita bsua di Aidilfithri yg lalu.. Aidilfitri terakhir buat kami bsama mu.. waktu itu masih segar dalam ingatanku..kau seolah2 cuba mjauhkan diri dari kami teman2 mu.. hanya beberapa ketika saja kita bbicara.. kau seolah2 mengelak untuk bsama bgelak ketawa bsama kami..aku dapat rasa tawamu pada saat itu tak seindah biasa.. guraumu tika itu tak seceria selalu.. seperti ada sesuatu.. seperti ada benteng antara kita.. saat bpisah dengan mu kali itu juga dapat aku rasakan kelainannya.. bagai ada sesuatu yg menarik kita.. berkali2 kita bsalaman bkali2 kita bpelukkan.. berkali2 kita blambaian.. rupa2nya itu adalah pelukkan dan salaman yg terakhir buat kami.. tapi teman..entah mengapa sejak ptemuan terakhir itu hati aku sering memikirkan dirimu.. sering tbayangkan wajahmu..dan kerana itu 2 minggu sebelum pemergian mu seperti ada suatu yang berbisik dalam hati aku untuk menghubungimu.. hati ini mlonjak tika melihat namamu ttera di ruangan chatting di fb ku.. alhamdulillah kita sempat berhubung.. wlaupun hanya di alam maya.. walaupun hanya diruang internet.. waktu itu entah mngapa aku rasa ingin sekali rapat denganmu seperti dulu.. ingin sekali mendengar khabar tentang mu.. ingin sekali mendengar keluh kesah dihatimu.. aku bsyukur kerana diberi kesempatan bhubung denganmu di hari2 terakhirmu.. diberi kesempatan untuk menjadi tempat kau mengadu.. banyak kisah mu yang kau ceritakan kepada aku.. banyak luahan rasa yang kau suarakan pada aku.. hingga aku dapat merasakan kembali kehangatan psahabatan kita yang semakin suram.. sayang sekali ku sangka ini adalah permulaan untuk satu ikatan yang hampir pudar rupa2 ia adalah kenangan terakhir yang kau tinggalkan untuk aku.. terima kasih atas kenangan itu.. teman.. aku takkan lupa tika kau mngatakan sesuatu yang pada mulanya hanya sebaris kata yang cukup ringkas dan mudah tapi sebenarnya ia penuh dengan makna yg tsirat.."aku xder pe pun terasa hati ngan ko..." aku langsung tidak mnyangka kata2 yang ringkas itu adalah pngakuan terakhir dari mu.. aku yakin kata2 itu penuh dengan ikhlasan.. aku yakin ianya lahir dari hati tulus mu... kerana dari dulu aku cukup kenali sikapmu.. kau terlalu jujur dalam psahabatan kita.. kau tak pernah pandai untuk menyimpan rasa dengan kami sahabat2mu walau ada ketika kami seolah2 mlupakanmu... teman..aku bsyukur sekurang2 nya aku tahu kau pergi tanpa membawa rasa rajuk denganku... sekurang2 nya aku tau kau maafkan aku...

Teman.. ikatan kasih sayang antara kita akan tetap utuh di hati ini.. akan ku tabur segala kasih sayang ini untuk permata2 hatimu yg kau tinggalkan sebagai penyambung silaturahim kita.. akan aku cuba menyayangi mereka seperti anak2 ku sendiri.. walaupun kasih sayang aku takkan pernah sebanding kasih sayang mu.. tapi cukup sekadar aku mengisi sedikit ruang kekosongan di hati mereka...

Teman.. aku mahu kau tahu.. anak2 mu tak kekok memanggil aku dengan gelaran "ibu".. gelaran yang kau gunakan dan kau ajari mereka untuk mengenali diri ini sejak dari mereka lahir lagi.. ye dulu panggilan itu hanya aku anggap sebagai ganti nama saja tapi kini tiap kali mendengar permata hatimu memanggil diri ini "ibu" hati ini bagai dirobek.. hati ini bagai ditusuk.. gembira dan pilu bercampur baur bersilih ganti.. gembiraku kerana sekurang2nya panggilan itu dapat mengambarkan ada ikatan kasih sayang yang takkan putus antara aku dan anak2 mu.. sedih pilu ku.. kerana sebenarnya panggilan "ibu" bagi mereka hanya layak untukmu seorg.. aku tak mungkin dan tak akan dapat mengantikan "ibu" mereka... mana mungkin.. tempat "ibu" dihati mereka hanya satu.. hanya kau seorang.. tapi ini yang kau tinggalkan buat kami.. ini yang kau ajari mereka.. In Sha Allah akan aku kekalkan panggilan itu seperti yang kau inginkan.. Teman..walaupun aku tak mungkin dan tak akan memberi kasih sayang setanding kasih sayangmu.. aku tetap akan cuba menyayangi mereka semampu yang mungkin.. sepertimana yang kau mahukan..

Teman.. tenang lah kau di sana di samping Pencipta mu.. di samping Pemilik mu yang hakiki.. kau hanya dipinjamkan kepada kami setakat ini.. kami redha.. kami pasrah dengan kehendak Nya Yang Maha Berkuasa..

Teman..selagi kami bernyawa.. selagi roh kami di kandung jasad namamu tak akan pernah terpadam.. kasih sayangmu takkan pernah pudar dalam hati ini... kami sahabat2 mu yang telah kau tinggalkan akan terus menyayangi antara satu sama lain.. kami sahabat2mu akan terus petahankan ikatan psahabatan yang kita bina sejak dulu lagi.. kami sahabat2mu akan cuba perbaiki kesilapan2 lalu dalam menjalani ikatan persahabatan ini demi kasih sayang antara kita..

Syikin.. Aida... kini tinggal kita bertiga sahaja.. harapan ku kita dapat kekalkan dan eratkan kasih sayang dan psahabatan ini buat selamanya..

"Eda"... nama itu tak mungkin aku lupakan... bersemadilah kau dengan aman di sana sayang... aku sayang kamu.. maafkan aku duhai teman atas dosa ku terhadapmu... Al-Fatihah hanya itu mampu aku kirimkan dan titipkan kepada mu tiap kali hati ini diserang rasa rindu kepada mu teman..


Ya Allah.. 
Kau ampunilah setiap titis dosa nya kepada Mu.. 
Kau tempatkan lah dia dalam golongan kekasih-kekasih Mu.. 
Kau sampaikan lah padanya doa-doa kami ini sebagai hadiah kepadanya.. 
Ya Allah
 kami akui kami adalah hamba Mu yang Jahil.. 
kami adalah hamba Mu yang hina.. 
kami adalah hamba Mu yang daif.. 
kami hamba Mu yang lemah selemah lemahnya.. 
Maafkan kami Ya Allah.. 
Ampun kan kami Ya Allah atas apa jua dosa kami... 
hanya pada Mu kami berserah.. 
hanya kepada Mu kami pohon keampunan... 
Terima lah doa kami ini Ya Allah.. 


amin...



Syuhelda Binti Norsiah ( 6 march 1981 ~ 24 nov 2012 )

Al- Fatihah buat mu teman...




## TQ ALLAH

Wednesday, 19 December 2012

My Best Friend Ever....

19.12.2012



special for my beloved BFF Fauziah Md Noor a.k.a Gee...

nak kenal sapa org nye??

??

??

??

??


ha... ini lah org nye...


Gee... aku kenal dia sejak 14.02.2000... masa tu baru sama2 baru menjejakkan kaki ke POLITEKNIK SEBERANG PERAI... entah macamana minah ni leh masuk kepala ngan aku.. so sejak hari tu kitaorg jd kawan baik sebaik2 nya... dimana ada dia.. di situ ada aku.. sama la ada aku ada dia.. sama2 makan.. sama2 tido.. sama2 study...sama2 g dating..time takde duit dan takde apa nk makan pun kami sama2..
Mcm2 dah benda penah kami lalui bsama.. gaduh?? gaduh opekos la ada... itukan asam garam dalam apa jua bentuk hubungan.. tp tak lama la.. mcmana nak lama dah semua benda kitaorg buat bsama.. sah2 la tak leh gaduh lelama kan..hikhikhik.pahit dan manis kami tetap bsama... 

Ok la..pic kat atas tu sebenarnya adalah pic kenangan terindah besday surprise yang penah aku buat... masa tu sama2 bujang sama2 duk area KL... so mmg banyak masa nk plan semua ni...

seronok sgt masa tu sbb gee mmg tak tau pun yg aku nk belikan kek besday utk dia... the best part kek tu di bawa oleh pelayan restoran tu... siap tutup lampu.. semua org pandang.. tp sayang sound system kat restoran tu kebetulan rosak so tak dapat la nk pasangkan lagu hepi besday... tp kitaorg nyanyi ramai2... custemor kedai tu pun sporting... semua nyanyi tepuk tangan... gee mmg tharu time tu... aku pun ada hadiahkan dia bantal bentuk LOVE... tak tau la dia masih simpan atau tak.... hihi...lama dah kalau bantal tu dh takde pun aku faham....

tp tu cite dulu... skrg aku ngan dia masing2 dah bkeluarga dan sibuk ngan hal masing2.. tapi kitaorg tak penah mlupakan satu sama lain... kalau tak contact melalui sms atau call pn kitaorg akan chatting kat fb.. kalau tiba time besday ke kitaorg seboleh2nya akan tetap bg something... wlaupun tak on time.. ye la masing2 dah ada komitmen lain.. dan ada family kan..so untuk tahun ni pun sama la gak..nnt aku beli kan hadiah ye... 

Gee.. aku rindu ngan kenangan kita dulu2.. kenangan di Penang... Kenangan di Ampang.. Kenangan di KLCC, Kenangan di The Mines... segala2nya masih aku simpan dalam kotak memory aku ni...

Aku harap psahabatan kita akan kekal sampai la bila2... thanks sbb kau masih menjadi sahabat terbaik aku sampai sekarang.... 

## TQ ALLAH...