Friday 21 December 2012

Aku redha dengan pemergianmu teman...


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Bait-bait lagu Hijjaz ini benar2 meruntun jiwa... tak tertanggung rasanya perasaan aku tiap kali mendengarnya.. tapi aku harus kuat.. harus redha dengan pemergiannya.. perginya meninggalkan segala yg pernah dimiliki di dunia ini.. perginya membawa suatu ikatan kasih sayang yang tak mungkin tpadam.. perginya meninggalkan kesan yang amat dalam di hati ini...

Tika menerima berita tentang pemergianmu teman..menggigil seluruh tubuh.. gelap seketika pandangan.. terhenti seketika degup jantung.. habis lenyap segala kekuatan yang ada.. lemah longlai kaki untuk melangkah.. ingin sekali rasanya untuk aku membayangkan ini hanya satu mimpi... 

Tapi segala yang telah tertulis di sana tidak mungkin dapat kita ubah... tidak mungkin dapat kita lewat kan walaupun untuk sesaat...

Teman pemergian mu membuatkan ada sedikit kekesalan terbekas di hati ini.. kesal kerana kita telah lama tidak mluangkan masa untuk bersama bkongsi suka dan duka.. kesibukan menjalankan kehidupan yang jauh berbeza dari alam remaja kita dulu telah membuatkan kita jauh.. hampir aku tlupa seketika kita pernah bsama tika senang dan susah.. tika tawa dan duka.. terlalu banyak kenangan remaja yang telah kita ciptakan bersama dulu.. maafkan aku teman kalau kau rasa aku mlupakanmu.. tapi sebenarnya kau punyai tempat tersendiri dihati ini cuma jarak dan masa memisahkan kita.. teman..kerana kejauhan aku dari hidupmu selama ini yang membuatkan hati aku sukar menerima kehilanganmu...  

Teman.. masih tbayang wajah cantikmu.. masih terngiang2 suara dan tawamu.. masih tdengar gurau sendamu..  kau seorg yang tabah berbagai dugaan hidup telah kau tempuhi tanpa kami disisi.. namun begitu kau tetap ceria tiap kali kita bsua.. itu semuanya kerana diantara kita kau seorg yg amat periang hingga kadangkala kami melayan mu seperti keadik-adikkan.. kau jua seorg yg amat penyayang.. tapi entah mengapa semua itu tidak aku rasakan sewaktu kali terakhir kita bsua di Aidilfithri yg lalu.. Aidilfitri terakhir buat kami bsama mu.. waktu itu masih segar dalam ingatanku..kau seolah2 cuba mjauhkan diri dari kami teman2 mu.. hanya beberapa ketika saja kita bbicara.. kau seolah2 mengelak untuk bsama bgelak ketawa bsama kami..aku dapat rasa tawamu pada saat itu tak seindah biasa.. guraumu tika itu tak seceria selalu.. seperti ada sesuatu.. seperti ada benteng antara kita.. saat bpisah dengan mu kali itu juga dapat aku rasakan kelainannya.. bagai ada sesuatu yg menarik kita.. berkali2 kita bsalaman bkali2 kita bpelukkan.. berkali2 kita blambaian.. rupa2nya itu adalah pelukkan dan salaman yg terakhir buat kami.. tapi teman..entah mengapa sejak ptemuan terakhir itu hati aku sering memikirkan dirimu.. sering tbayangkan wajahmu..dan kerana itu 2 minggu sebelum pemergian mu seperti ada suatu yang berbisik dalam hati aku untuk menghubungimu.. hati ini mlonjak tika melihat namamu ttera di ruangan chatting di fb ku.. alhamdulillah kita sempat berhubung.. wlaupun hanya di alam maya.. walaupun hanya diruang internet.. waktu itu entah mngapa aku rasa ingin sekali rapat denganmu seperti dulu.. ingin sekali mendengar khabar tentang mu.. ingin sekali mendengar keluh kesah dihatimu.. aku bsyukur kerana diberi kesempatan bhubung denganmu di hari2 terakhirmu.. diberi kesempatan untuk menjadi tempat kau mengadu.. banyak kisah mu yang kau ceritakan kepada aku.. banyak luahan rasa yang kau suarakan pada aku.. hingga aku dapat merasakan kembali kehangatan psahabatan kita yang semakin suram.. sayang sekali ku sangka ini adalah permulaan untuk satu ikatan yang hampir pudar rupa2 ia adalah kenangan terakhir yang kau tinggalkan untuk aku.. terima kasih atas kenangan itu.. teman.. aku takkan lupa tika kau mngatakan sesuatu yang pada mulanya hanya sebaris kata yang cukup ringkas dan mudah tapi sebenarnya ia penuh dengan makna yg tsirat.."aku xder pe pun terasa hati ngan ko..." aku langsung tidak mnyangka kata2 yang ringkas itu adalah pngakuan terakhir dari mu.. aku yakin kata2 itu penuh dengan ikhlasan.. aku yakin ianya lahir dari hati tulus mu... kerana dari dulu aku cukup kenali sikapmu.. kau terlalu jujur dalam psahabatan kita.. kau tak pernah pandai untuk menyimpan rasa dengan kami sahabat2mu walau ada ketika kami seolah2 mlupakanmu... teman..aku bsyukur sekurang2 nya aku tahu kau pergi tanpa membawa rasa rajuk denganku... sekurang2 nya aku tau kau maafkan aku...

Teman.. ikatan kasih sayang antara kita akan tetap utuh di hati ini.. akan ku tabur segala kasih sayang ini untuk permata2 hatimu yg kau tinggalkan sebagai penyambung silaturahim kita.. akan aku cuba menyayangi mereka seperti anak2 ku sendiri.. walaupun kasih sayang aku takkan pernah sebanding kasih sayang mu.. tapi cukup sekadar aku mengisi sedikit ruang kekosongan di hati mereka...

Teman.. aku mahu kau tahu.. anak2 mu tak kekok memanggil aku dengan gelaran "ibu".. gelaran yang kau gunakan dan kau ajari mereka untuk mengenali diri ini sejak dari mereka lahir lagi.. ye dulu panggilan itu hanya aku anggap sebagai ganti nama saja tapi kini tiap kali mendengar permata hatimu memanggil diri ini "ibu" hati ini bagai dirobek.. hati ini bagai ditusuk.. gembira dan pilu bercampur baur bersilih ganti.. gembiraku kerana sekurang2nya panggilan itu dapat mengambarkan ada ikatan kasih sayang yang takkan putus antara aku dan anak2 mu.. sedih pilu ku.. kerana sebenarnya panggilan "ibu" bagi mereka hanya layak untukmu seorg.. aku tak mungkin dan tak akan dapat mengantikan "ibu" mereka... mana mungkin.. tempat "ibu" dihati mereka hanya satu.. hanya kau seorang.. tapi ini yang kau tinggalkan buat kami.. ini yang kau ajari mereka.. In Sha Allah akan aku kekalkan panggilan itu seperti yang kau inginkan.. Teman..walaupun aku tak mungkin dan tak akan memberi kasih sayang setanding kasih sayangmu.. aku tetap akan cuba menyayangi mereka semampu yang mungkin.. sepertimana yang kau mahukan..

Teman.. tenang lah kau di sana di samping Pencipta mu.. di samping Pemilik mu yang hakiki.. kau hanya dipinjamkan kepada kami setakat ini.. kami redha.. kami pasrah dengan kehendak Nya Yang Maha Berkuasa..

Teman..selagi kami bernyawa.. selagi roh kami di kandung jasad namamu tak akan pernah terpadam.. kasih sayangmu takkan pernah pudar dalam hati ini... kami sahabat2 mu yang telah kau tinggalkan akan terus menyayangi antara satu sama lain.. kami sahabat2mu akan terus petahankan ikatan psahabatan yang kita bina sejak dulu lagi.. kami sahabat2mu akan cuba perbaiki kesilapan2 lalu dalam menjalani ikatan persahabatan ini demi kasih sayang antara kita..

Syikin.. Aida... kini tinggal kita bertiga sahaja.. harapan ku kita dapat kekalkan dan eratkan kasih sayang dan psahabatan ini buat selamanya..

"Eda"... nama itu tak mungkin aku lupakan... bersemadilah kau dengan aman di sana sayang... aku sayang kamu.. maafkan aku duhai teman atas dosa ku terhadapmu... Al-Fatihah hanya itu mampu aku kirimkan dan titipkan kepada mu tiap kali hati ini diserang rasa rindu kepada mu teman..


Ya Allah.. 
Kau ampunilah setiap titis dosa nya kepada Mu.. 
Kau tempatkan lah dia dalam golongan kekasih-kekasih Mu.. 
Kau sampaikan lah padanya doa-doa kami ini sebagai hadiah kepadanya.. 
Ya Allah
 kami akui kami adalah hamba Mu yang Jahil.. 
kami adalah hamba Mu yang hina.. 
kami adalah hamba Mu yang daif.. 
kami hamba Mu yang lemah selemah lemahnya.. 
Maafkan kami Ya Allah.. 
Ampun kan kami Ya Allah atas apa jua dosa kami... 
hanya pada Mu kami berserah.. 
hanya kepada Mu kami pohon keampunan... 
Terima lah doa kami ini Ya Allah.. 


amin...



Syuhelda Binti Norsiah ( 6 march 1981 ~ 24 nov 2012 )

Al- Fatihah buat mu teman...




## TQ ALLAH

No comments:

Post a Comment