Wednesday 26 December 2012

Setelah 6 tahun pemergianmu.. Apak...



Apak adalah gelaran yang kami gunakan untuk arwah ayah..gelaran tu unik dan jarang digunakan.. dan kerana tu dalam kepala kami hanya satu wajah yang akan muncul tika gelaran itu disebut...Smlm 25.12.2012 genap 6 tahun pemergiannya.. rasa mcm baru smlm bersama dia.. pejam celik dah 6 tahun.. cucu terakhir yg sempat apak jumpa pun skrg dah nk sekolah.. masa apak tinggalkan cucu apak Batrisyia Nuha dia berusia 4 bulan.. dia selalu tengok gambar atok masa dukung dia.. dan skrg cucu apak dah btambah.. sekarang ada 3 org cucu yg tak sempat menatap wajah atok mereka.. hanya kenal melalui nama dan gambar saja... Damia, Aisy dan yang paling kecik buat masa sekarang Rayyan.. apak dah ada cicit pun.. anak abg yong.. Cahaya.. dan In Sha Allah bulan Feb ni sorg lagi cicit apak akan lahir anak Hada...

Apak.. kami rindu sgt kat apak.. cucu apak yg paling kecik sekarang ada iras muka apak.. kalau tgk dia nampak apak... agaknya sbb kuat sgt rasa rindu abang atan kat apak kot.. ye la abg atan kan anak tunggal lelaki apak..

Terima kasih ya Allah Engkau beri kami lima beradik menjaga apak sepanjang hari2 terakhir dia bsama kami.. kelima2 kami sempat rasa jaga dia.. walaupun sekejap dan tak sama dengan jasa dia menjaga dan membesarkan kami tapi cukup utk kami kenang sebagai kenangan terindah...

Org terakhir yang diberi mandat menjaga apak adalah aku.. apak masuk hospital 4 minggu.. kesemua kakak2 dan abg aku sempat jaga dia di hospital.. memandang kan aku masa tu ada baby yg berusia 4bln so aku tak bkesempatan jaga dia di hospital.. bagaimana pun kuasa Allah telah mengizinkan aku jaga dia di rumah.. minggu kelima dia terlantar sakit doktor benarkan dia balik... tu pun sbb dia yang nak balik sgt.. so aku dapat jaga dia di rumah selama seminggu..Isnin dia balik ke rumah dan Isnin berikutnya dia pergi..aku sempat suapkan dia makan.. aku sempat tolong mak mandikan dia.. tukarkan pakaian dia.. layan masa dia sunyi.. aku sempat senaraikan ubat2 yg perlu dia makan.. aku sempat suapkan ubat2 dia.. hingga la sehari sebelum dia pergi.. pagi2 tu masa aku nak bg dia ubat.. dia cakap "cukup la.. apak dah tak nak makan ubat dah.. cukup2 la.. tak ttelan dah rasanya.." ucapan yg takkan aku lupakan... tp ada satu kenangan yg paling indah hari2 terakhir aku bsama dia.. dia menangis di bahu aku.. 3 hari sblm dia pergi..pada hari Ahad lebih kurang jam 3-4 pg camtu aku dengar mak dan mak2 sedara aku yg tido sebelah apak menangis.. bila aku bangun dan jenguk apak dah tak sedar.. tp kenangan paling indah apak tinggalkan kat mak aku sebelum dia tak sedarkan diri dia sempat bpusing dari tempat dia tido dan tido betul2 sebelah mak... kuat sgt kasih sayang dia pada mak.. sbb tu sblm dia pergi dia nak tido sebelah mak.. Kuasa Allah dia boleh beralih tido sebelah mak sedangkan dia pada masa tu mmg dah tak leh gerak sendiri..

Isnin 25.12.2006 lebih kurang jam 8.00pm dia pergi buat selamanya... dia pergi tinggalkan isteri yang tcinta dan kami anak2.. menantu2.. serta cucu2nya.. kami redha kami relakan sepenuh hati.. dia pergi dengan tenang setenang2nya.. muka dia bersih sebersihnya.. kali terakhir tatap wajah apak.. kami seolah2 tgk dia mcm tido je... Kuasa Allah hari pengkebumiannya kami mnyaksikan satu kebesaran Allah..  satu kolam ikan yang apak pelihara jua pergi bsama dia.. tiba2 ikan2 tu mati.. takde seekorpun yang tinggal.. Jam kesayangan apak jugak tiba2 mati sedangkan selama dia sakit jam tu elok dan sentiasa dia pakai.. Allahuakhbar.. semoga apa yang Allah tunjukkan itu adalah satu petanda yang baik untuk arwah...

kami semua sayang apak... Al-fatihah dan doa dari kami akan sentiasa bersama mu..

Ya Allah semoga setiap doa dan sedekah kami dapat Engkau sampaikan kepada dia.. semoga dia tenang dan berada di tempat orang2 yang Engkau kasihi...Amin...

AL-Fatihah...




## TQ ALLAH




No comments:

Post a Comment