Friday 14 December 2012

Along Nak Baby...

Tiap malam biasa la aktiviti aku,suami dan ank2..mlayan slot ADAM & HAWA Astro Mustika HD...



semalam aku cuma layan berdua je ngan anak aku... sbb abah kluar g minum ngan kawan... so spt biasa bila abis episod tu akan ada sedutan utk minggu depan...biasa nya aku tgk2 camtu je sedutan ni.. sbb malas nk ttgg2...then tiba2 sedutan tu ada tunjuk part Hawa jumpa Doc dan disahkan hamil..kemudian ditayangkan plak part Hawa jatuh dan darah meleleh di kaki... dan secara spontan Along (Batrisyia) pandang aku dan kata "gugur..." aku lihat mata dia terus bkaca... then dia cakap lg "mcm ibu..." terus dia tekup muka dan peluk aku... masa tu perasaan aku hanya tuhan je yg tahu..aku cuba tahan jgn sampai aku tunjuk aku pun sedih..aku cakap.. "takpe nnt Allah bagi baby lain,..." aku buat2 senyum dan gelak... biar dia nampak aku ok..tp sebenarnya jauh dalam hati aku ni..aku sedih sangat2..tak sangka keguguran yang aku alami beberapa bulan lalu amat tkesan di hati anak kecil ini...

Ya Allah aku mohon izinkan aku mengandung lagi... berikan aku, suamiku, anak2 ku serta seluruh ahli keluarga ku kesihatan yang baik dan panjangkan usia kami agar kami dapat menikmati kebahagian yang Kau pinjamkan ini sebelum kami dapat mengecapi kebahagian yang hakiki di samping Mu...

kepada along dan ebby (mia).. In Sha Allah ada rezeki kita nanti kita akan dapat baby seperti yang kita harapkan.. teruskan la berdoa sayang...

## ibu sayang abah, along dan adik sangat2.... 


No comments:

Post a Comment