Monday 18 February 2013

Ikut sunnah Rasulullah dlm mendidik anak....

assalamualaikum...

terpanggil untuk share something yg aku rasa sangat menarik.. bila aku terbaca saja artikel di bawah ni tetiba aku jadi takut.. takut aku tak mampu mendidik anak2 aku sebaiknya. takut kalau2 aku tsilap langkah dalam mendidik mereka... sebenarnya bukan baru sekarang aku rasa mcmni tapi selalu sgt.. tiap kali anak2 aku buat silap.. tiap kali aku marah anak2 aku.. aku akan tanya balik pada diri sendiri betul ke tindakan aku tu.. 

sebenarnya melalui pengalaman aku yg tak seberapa ni.. aku bpendapat mendidik seseorg anak itu berbeza antara satu sama lain.. bukan nk bezakan mereka.. tp setiap anak ada kelebihan dan kekurangan sendiri.. kita perlu bijak menangani setiap kerenah mereka dengan cara yg sesuai dengan kelebihan dan kekurangan mereka.. seperti aku.. anak aku yg sulung sgt lembut org nya.. dia jugak sensitif.. dan yang paling tak tahan nya dia bijak bermain kata-kata.. jadi untuk mengajar dia sesuatu atau menegur kesilapan dia, aku kena bijak mengatur kata-kata.. kena sentiasa berhati-hati dalam apa jua tindakan.. kalau tersilap kata tersalah langkah pasti dia akan mempersoalkan kembali..dan dia jenis pendam dan suka simpan. dan ada masanya dia akan mengungkit.. pada aku dia terlalu bijak dan kerana itu aku kena mendidik dia dengan cara yang bijak.. berlainan dengan anak kedua aku.. dia sedikit kasar tapi dia kuat merajuk dan manja. dia cuma kasar dalam tingkahlaku je kira mcm dlm hati ada taman la.. dia kuat cemburu..sama mcm kakak dia jugak bijak bermain kata2 tp dia jenis straight to the point.. dia plak ada masanya mudah terima dan dia selalu guna ayat "ok la".. just cute je...dia jarang pendam dalam hati, tapi mungkin kerana dia masih kecik kot..

begitu la istimewa nya anak2 ku.. aku harap sangat agar aku dan suami dapat mendidik mereka mengikut Sunnah Rasulullah seperti artikel di bawah ni.. kalau pun tidak sepenuhnya.. cukup la sekadar yang tmampu..  Moga Allah permudahkan dan tunjukkan kami jalan yang benar dalam mendidik anak-anak kami...






## TQ ALLAH



No comments:

Post a Comment