Wednesday 26 December 2012

Setelah 6 tahun pemergianmu.. Apak...



Apak adalah gelaran yang kami gunakan untuk arwah ayah..gelaran tu unik dan jarang digunakan.. dan kerana tu dalam kepala kami hanya satu wajah yang akan muncul tika gelaran itu disebut...Smlm 25.12.2012 genap 6 tahun pemergiannya.. rasa mcm baru smlm bersama dia.. pejam celik dah 6 tahun.. cucu terakhir yg sempat apak jumpa pun skrg dah nk sekolah.. masa apak tinggalkan cucu apak Batrisyia Nuha dia berusia 4 bulan.. dia selalu tengok gambar atok masa dukung dia.. dan skrg cucu apak dah btambah.. sekarang ada 3 org cucu yg tak sempat menatap wajah atok mereka.. hanya kenal melalui nama dan gambar saja... Damia, Aisy dan yang paling kecik buat masa sekarang Rayyan.. apak dah ada cicit pun.. anak abg yong.. Cahaya.. dan In Sha Allah bulan Feb ni sorg lagi cicit apak akan lahir anak Hada...

Apak.. kami rindu sgt kat apak.. cucu apak yg paling kecik sekarang ada iras muka apak.. kalau tgk dia nampak apak... agaknya sbb kuat sgt rasa rindu abang atan kat apak kot.. ye la abg atan kan anak tunggal lelaki apak..

Terima kasih ya Allah Engkau beri kami lima beradik menjaga apak sepanjang hari2 terakhir dia bsama kami.. kelima2 kami sempat rasa jaga dia.. walaupun sekejap dan tak sama dengan jasa dia menjaga dan membesarkan kami tapi cukup utk kami kenang sebagai kenangan terindah...

Org terakhir yang diberi mandat menjaga apak adalah aku.. apak masuk hospital 4 minggu.. kesemua kakak2 dan abg aku sempat jaga dia di hospital.. memandang kan aku masa tu ada baby yg berusia 4bln so aku tak bkesempatan jaga dia di hospital.. bagaimana pun kuasa Allah telah mengizinkan aku jaga dia di rumah.. minggu kelima dia terlantar sakit doktor benarkan dia balik... tu pun sbb dia yang nak balik sgt.. so aku dapat jaga dia di rumah selama seminggu..Isnin dia balik ke rumah dan Isnin berikutnya dia pergi..aku sempat suapkan dia makan.. aku sempat tolong mak mandikan dia.. tukarkan pakaian dia.. layan masa dia sunyi.. aku sempat senaraikan ubat2 yg perlu dia makan.. aku sempat suapkan ubat2 dia.. hingga la sehari sebelum dia pergi.. pagi2 tu masa aku nak bg dia ubat.. dia cakap "cukup la.. apak dah tak nak makan ubat dah.. cukup2 la.. tak ttelan dah rasanya.." ucapan yg takkan aku lupakan... tp ada satu kenangan yg paling indah hari2 terakhir aku bsama dia.. dia menangis di bahu aku.. 3 hari sblm dia pergi..pada hari Ahad lebih kurang jam 3-4 pg camtu aku dengar mak dan mak2 sedara aku yg tido sebelah apak menangis.. bila aku bangun dan jenguk apak dah tak sedar.. tp kenangan paling indah apak tinggalkan kat mak aku sebelum dia tak sedarkan diri dia sempat bpusing dari tempat dia tido dan tido betul2 sebelah mak... kuat sgt kasih sayang dia pada mak.. sbb tu sblm dia pergi dia nak tido sebelah mak.. Kuasa Allah dia boleh beralih tido sebelah mak sedangkan dia pada masa tu mmg dah tak leh gerak sendiri..

Isnin 25.12.2006 lebih kurang jam 8.00pm dia pergi buat selamanya... dia pergi tinggalkan isteri yang tcinta dan kami anak2.. menantu2.. serta cucu2nya.. kami redha kami relakan sepenuh hati.. dia pergi dengan tenang setenang2nya.. muka dia bersih sebersihnya.. kali terakhir tatap wajah apak.. kami seolah2 tgk dia mcm tido je... Kuasa Allah hari pengkebumiannya kami mnyaksikan satu kebesaran Allah..  satu kolam ikan yang apak pelihara jua pergi bsama dia.. tiba2 ikan2 tu mati.. takde seekorpun yang tinggal.. Jam kesayangan apak jugak tiba2 mati sedangkan selama dia sakit jam tu elok dan sentiasa dia pakai.. Allahuakhbar.. semoga apa yang Allah tunjukkan itu adalah satu petanda yang baik untuk arwah...

kami semua sayang apak... Al-fatihah dan doa dari kami akan sentiasa bersama mu..

Ya Allah semoga setiap doa dan sedekah kami dapat Engkau sampaikan kepada dia.. semoga dia tenang dan berada di tempat orang2 yang Engkau kasihi...Amin...

AL-Fatihah...




## TQ ALLAH




Friday 21 December 2012

hepi besday my beloved brother..

Hari ni 21.12.2012 adalah besday abg aku.. 

yang ke berapa??

 biarlah rahsia..hihihi 

so this is for u ... Mat Raman Bin Ismail....


dalam hidup aku.. aku hanya ada sorang abang.. dia la racun dia la penawar.. aku nk dia tahu aku sayang sangat sangat kat dia.. biarpun dulu masa kecik2 dia suka kacau aku.. suka cari pasal dengan aku.. tp aku tetap sayang dia.. aku takkan lupa parut tanda sayang dia kat aku yg masih berbekas kat dagu aku ni.. aku ingat lagi masa tu aku kecik lg.. dia lak tgh nakal... aku baru bangun tido so aku jalan ke arah mak aku dengan selimut yang masih bbalut di badan.. ada ke patut dia leh pijak selimut tu sampai aku tesembam.. adehh pecah dagu den.. masa tu mmg dia kena marah la.. aku lak mmg sakit hati sgt ngan dia masa tu.. tp sekarang kalau ingat2 blk semua yg dia buat dulu jadi kelako lak... boleh buat aku gelak sorang2..hikhik...

emmm...sekarang kami dah sama2 dewasa.. sama2 dah berumahtangga.. sama2 dah ada anak.. tp apa yang pasti kasih sayang aku pada dia tak penah berubah... begitu juga dia.. layanan dia sikap dia pada aku masih tetap sama.. malah ada masa dan ketika aku rasa sekarang dia lebih menyayangi aku.. ye la masing2 dah duk jauh.. masing2 dah bz ngan kehidupan masing2... sesekali bjumpa mmg nampak sangat kemesraan dan kasih sayang nye.. 

abang aku ni tak penah berubah hanya fizikal je berubah kot.. kalau dulu hensem sikit la putih skit kot.. skrg dah gelap dah maklumla hari2 kena jemur tgh panas... tp tetap hensem di mata kitaorg.. abang aku ni dia ni pak lawak dalam family aku.. baik aku, mak aku, kakak2 aku, anak2 sedara aku, malah anak2 aku pun cukup suka dengan sikap lawak dia tu.. tapi lawak dia tu hanya utk kami sekeluarga je sbb kalau kat luar org akan nampak dia cam tegas dan pendiam skit... konon2 la kan...

emm bab manja.. sapa lagi manja dalam family??
abang aku ni dimanjakan oleh mak ngan ayah aku.. sbb nya dia kan satu2 nya hero dalam family aku.. aku lak manja sbb anak bongsu.. so kami ni sama2 manja dan dimanjakan dalam family... dan disebabkan itulah masa kecik kami slalu gaduh.. selalu nk menang dan nak lawan sapa lg manja.. even skrg pun sama.. kalau dia balik kg dan aku lak tak blk.. dia akan hantar macam2 pic.. konon2 nya dia dapat layanan istimewa dari mak n kakak2 aku.. mcmtu gak kalau aku blk... aku lak bako dia ngan pic atau msg2 yang boleh mengundang rasa jeles.. hikhikhik... mcm budak2 kan.. laki aku pun pening kalau tgk aku ngan abg aku.. kadang2 tu kalau dah bjumpa berdua kitaorg lupa jap yg kitaorg ni masing2 dah ada suami dah ada isteri.. hikhikhik...

so itu la serba sikit pasal abg aku..story pasal abg aku ni tak sweet sgt la.. tp cute.. hahahaha....

anyway to u my bro...



semoga panjang umur mu.. murah rezeki mu.. dan sentiasa dalam perlindungan Allah..

## TQ ALLAH













Aku redha dengan pemergianmu teman...


Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati
Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati
Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi
Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami
Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

Bait-bait lagu Hijjaz ini benar2 meruntun jiwa... tak tertanggung rasanya perasaan aku tiap kali mendengarnya.. tapi aku harus kuat.. harus redha dengan pemergiannya.. perginya meninggalkan segala yg pernah dimiliki di dunia ini.. perginya membawa suatu ikatan kasih sayang yang tak mungkin tpadam.. perginya meninggalkan kesan yang amat dalam di hati ini...

Tika menerima berita tentang pemergianmu teman..menggigil seluruh tubuh.. gelap seketika pandangan.. terhenti seketika degup jantung.. habis lenyap segala kekuatan yang ada.. lemah longlai kaki untuk melangkah.. ingin sekali rasanya untuk aku membayangkan ini hanya satu mimpi... 

Tapi segala yang telah tertulis di sana tidak mungkin dapat kita ubah... tidak mungkin dapat kita lewat kan walaupun untuk sesaat...

Teman pemergian mu membuatkan ada sedikit kekesalan terbekas di hati ini.. kesal kerana kita telah lama tidak mluangkan masa untuk bersama bkongsi suka dan duka.. kesibukan menjalankan kehidupan yang jauh berbeza dari alam remaja kita dulu telah membuatkan kita jauh.. hampir aku tlupa seketika kita pernah bsama tika senang dan susah.. tika tawa dan duka.. terlalu banyak kenangan remaja yang telah kita ciptakan bersama dulu.. maafkan aku teman kalau kau rasa aku mlupakanmu.. tapi sebenarnya kau punyai tempat tersendiri dihati ini cuma jarak dan masa memisahkan kita.. teman..kerana kejauhan aku dari hidupmu selama ini yang membuatkan hati aku sukar menerima kehilanganmu...  

Teman.. masih tbayang wajah cantikmu.. masih terngiang2 suara dan tawamu.. masih tdengar gurau sendamu..  kau seorg yang tabah berbagai dugaan hidup telah kau tempuhi tanpa kami disisi.. namun begitu kau tetap ceria tiap kali kita bsua.. itu semuanya kerana diantara kita kau seorg yg amat periang hingga kadangkala kami melayan mu seperti keadik-adikkan.. kau jua seorg yg amat penyayang.. tapi entah mengapa semua itu tidak aku rasakan sewaktu kali terakhir kita bsua di Aidilfithri yg lalu.. Aidilfitri terakhir buat kami bsama mu.. waktu itu masih segar dalam ingatanku..kau seolah2 cuba mjauhkan diri dari kami teman2 mu.. hanya beberapa ketika saja kita bbicara.. kau seolah2 mengelak untuk bsama bgelak ketawa bsama kami..aku dapat rasa tawamu pada saat itu tak seindah biasa.. guraumu tika itu tak seceria selalu.. seperti ada sesuatu.. seperti ada benteng antara kita.. saat bpisah dengan mu kali itu juga dapat aku rasakan kelainannya.. bagai ada sesuatu yg menarik kita.. berkali2 kita bsalaman bkali2 kita bpelukkan.. berkali2 kita blambaian.. rupa2nya itu adalah pelukkan dan salaman yg terakhir buat kami.. tapi teman..entah mengapa sejak ptemuan terakhir itu hati aku sering memikirkan dirimu.. sering tbayangkan wajahmu..dan kerana itu 2 minggu sebelum pemergian mu seperti ada suatu yang berbisik dalam hati aku untuk menghubungimu.. hati ini mlonjak tika melihat namamu ttera di ruangan chatting di fb ku.. alhamdulillah kita sempat berhubung.. wlaupun hanya di alam maya.. walaupun hanya diruang internet.. waktu itu entah mngapa aku rasa ingin sekali rapat denganmu seperti dulu.. ingin sekali mendengar khabar tentang mu.. ingin sekali mendengar keluh kesah dihatimu.. aku bsyukur kerana diberi kesempatan bhubung denganmu di hari2 terakhirmu.. diberi kesempatan untuk menjadi tempat kau mengadu.. banyak kisah mu yang kau ceritakan kepada aku.. banyak luahan rasa yang kau suarakan pada aku.. hingga aku dapat merasakan kembali kehangatan psahabatan kita yang semakin suram.. sayang sekali ku sangka ini adalah permulaan untuk satu ikatan yang hampir pudar rupa2 ia adalah kenangan terakhir yang kau tinggalkan untuk aku.. terima kasih atas kenangan itu.. teman.. aku takkan lupa tika kau mngatakan sesuatu yang pada mulanya hanya sebaris kata yang cukup ringkas dan mudah tapi sebenarnya ia penuh dengan makna yg tsirat.."aku xder pe pun terasa hati ngan ko..." aku langsung tidak mnyangka kata2 yang ringkas itu adalah pngakuan terakhir dari mu.. aku yakin kata2 itu penuh dengan ikhlasan.. aku yakin ianya lahir dari hati tulus mu... kerana dari dulu aku cukup kenali sikapmu.. kau terlalu jujur dalam psahabatan kita.. kau tak pernah pandai untuk menyimpan rasa dengan kami sahabat2mu walau ada ketika kami seolah2 mlupakanmu... teman..aku bsyukur sekurang2 nya aku tahu kau pergi tanpa membawa rasa rajuk denganku... sekurang2 nya aku tau kau maafkan aku...

Teman.. ikatan kasih sayang antara kita akan tetap utuh di hati ini.. akan ku tabur segala kasih sayang ini untuk permata2 hatimu yg kau tinggalkan sebagai penyambung silaturahim kita.. akan aku cuba menyayangi mereka seperti anak2 ku sendiri.. walaupun kasih sayang aku takkan pernah sebanding kasih sayang mu.. tapi cukup sekadar aku mengisi sedikit ruang kekosongan di hati mereka...

Teman.. aku mahu kau tahu.. anak2 mu tak kekok memanggil aku dengan gelaran "ibu".. gelaran yang kau gunakan dan kau ajari mereka untuk mengenali diri ini sejak dari mereka lahir lagi.. ye dulu panggilan itu hanya aku anggap sebagai ganti nama saja tapi kini tiap kali mendengar permata hatimu memanggil diri ini "ibu" hati ini bagai dirobek.. hati ini bagai ditusuk.. gembira dan pilu bercampur baur bersilih ganti.. gembiraku kerana sekurang2nya panggilan itu dapat mengambarkan ada ikatan kasih sayang yang takkan putus antara aku dan anak2 mu.. sedih pilu ku.. kerana sebenarnya panggilan "ibu" bagi mereka hanya layak untukmu seorg.. aku tak mungkin dan tak akan dapat mengantikan "ibu" mereka... mana mungkin.. tempat "ibu" dihati mereka hanya satu.. hanya kau seorang.. tapi ini yang kau tinggalkan buat kami.. ini yang kau ajari mereka.. In Sha Allah akan aku kekalkan panggilan itu seperti yang kau inginkan.. Teman..walaupun aku tak mungkin dan tak akan memberi kasih sayang setanding kasih sayangmu.. aku tetap akan cuba menyayangi mereka semampu yang mungkin.. sepertimana yang kau mahukan..

Teman.. tenang lah kau di sana di samping Pencipta mu.. di samping Pemilik mu yang hakiki.. kau hanya dipinjamkan kepada kami setakat ini.. kami redha.. kami pasrah dengan kehendak Nya Yang Maha Berkuasa..

Teman..selagi kami bernyawa.. selagi roh kami di kandung jasad namamu tak akan pernah terpadam.. kasih sayangmu takkan pernah pudar dalam hati ini... kami sahabat2 mu yang telah kau tinggalkan akan terus menyayangi antara satu sama lain.. kami sahabat2mu akan terus petahankan ikatan psahabatan yang kita bina sejak dulu lagi.. kami sahabat2mu akan cuba perbaiki kesilapan2 lalu dalam menjalani ikatan persahabatan ini demi kasih sayang antara kita..

Syikin.. Aida... kini tinggal kita bertiga sahaja.. harapan ku kita dapat kekalkan dan eratkan kasih sayang dan psahabatan ini buat selamanya..

"Eda"... nama itu tak mungkin aku lupakan... bersemadilah kau dengan aman di sana sayang... aku sayang kamu.. maafkan aku duhai teman atas dosa ku terhadapmu... Al-Fatihah hanya itu mampu aku kirimkan dan titipkan kepada mu tiap kali hati ini diserang rasa rindu kepada mu teman..


Ya Allah.. 
Kau ampunilah setiap titis dosa nya kepada Mu.. 
Kau tempatkan lah dia dalam golongan kekasih-kekasih Mu.. 
Kau sampaikan lah padanya doa-doa kami ini sebagai hadiah kepadanya.. 
Ya Allah
 kami akui kami adalah hamba Mu yang Jahil.. 
kami adalah hamba Mu yang hina.. 
kami adalah hamba Mu yang daif.. 
kami hamba Mu yang lemah selemah lemahnya.. 
Maafkan kami Ya Allah.. 
Ampun kan kami Ya Allah atas apa jua dosa kami... 
hanya pada Mu kami berserah.. 
hanya kepada Mu kami pohon keampunan... 
Terima lah doa kami ini Ya Allah.. 


amin...



Syuhelda Binti Norsiah ( 6 march 1981 ~ 24 nov 2012 )

Al- Fatihah buat mu teman...




## TQ ALLAH

Wednesday 19 December 2012

Kembar Februari 2009...

Tetiba teringat nk share something....

Kembar Februari 2009... tak sangka aku ngan akak aku yg no 3 iaitu kakde aku sama2 mngandung masa tu... tak sangka lak yg kedua-dua baby comey ni nak lahir pada bulan yang sama... beza 8 hari je.. mak aku la org yg paling seronok.. dapat dua cucu skaligus... anak aku Nur Damia Nuha lahir pada 02.02.2009 di Bagan Specialist Butterworth manakala anak akak aku Mohd Aisy Fahim lahir pada 10.02.2009 di Kuala Lipis Pahang....

Kesian kakak aku masa dia bsalin mak aku takde kat kg bsama dia sbb mak aku dtg umah aku la jaga aku.. tp dia dah anak no 7 dah... aku baru anak no 2.. hehehe... dia dah pro dah...

saja nk share ngan korang pasal dua sepupu kembar bulan ni...


yg ni anak aku.. Damia... besar dan tembam..


 ni plak anak akak aku Aisy... kecik je org nye.. muka pun lembut je...hihiihi...
 ha ni masa dalam pantang bsama la... bdk bdua ni dari hari ptama aku blk kg sampai la abis pantang mmg tak brenggang...boleh dikatakan satu tilam satu selimut sepanjang masa... aku lak ngan akak aku gilir jaga.. terasa cam branak kembar betul masa tu... hihihi...
ni masa kenduri kesyukuran untuk si kembar ni.. kepala pun dah sama2 botak...











Ni ada video aisy tumbuk mia.. masa dalam pantang..hihihi.. aisy tak sengaja la mia.. tekena jew.. hihihi


Pic kat bawah ni masa umur diaorg baru masuk setahun.. sama2 leh duduk..sama2 leh mrangkak..tp badan mia mmg dari lahir berisi skit dari aisy.. muka pun mia mmg nampak ganas skit.. muka si aisy ni lembut je...hihihi..


Next adalah koleksi gambar2 diaorg yg sempat aku upload..penuh dengan kasih sayang... mia lebih btindak seperti kakak memandangkan aisy nampak manja skit... kalau bgambar mia slalunya akan peluk atau pegang aisy.. sayang sangat dia kat aisy... 





semoga kalian akan terus sama2 membesar dan mjadi anak yg soleh dan solehah.. dan sentiasa dalam pelindungan Allah....

NUR DAMIA NUHA & MOHD AISY FAHIM

love u....

## TQ ALLAH....

......................................................


My Best Friend Ever....

19.12.2012



special for my beloved BFF Fauziah Md Noor a.k.a Gee...

nak kenal sapa org nye??

??

??

??

??


ha... ini lah org nye...


Gee... aku kenal dia sejak 14.02.2000... masa tu baru sama2 baru menjejakkan kaki ke POLITEKNIK SEBERANG PERAI... entah macamana minah ni leh masuk kepala ngan aku.. so sejak hari tu kitaorg jd kawan baik sebaik2 nya... dimana ada dia.. di situ ada aku.. sama la ada aku ada dia.. sama2 makan.. sama2 tido.. sama2 study...sama2 g dating..time takde duit dan takde apa nk makan pun kami sama2..
Mcm2 dah benda penah kami lalui bsama.. gaduh?? gaduh opekos la ada... itukan asam garam dalam apa jua bentuk hubungan.. tp tak lama la.. mcmana nak lama dah semua benda kitaorg buat bsama.. sah2 la tak leh gaduh lelama kan..hikhikhik.pahit dan manis kami tetap bsama... 

Ok la..pic kat atas tu sebenarnya adalah pic kenangan terindah besday surprise yang penah aku buat... masa tu sama2 bujang sama2 duk area KL... so mmg banyak masa nk plan semua ni...

seronok sgt masa tu sbb gee mmg tak tau pun yg aku nk belikan kek besday utk dia... the best part kek tu di bawa oleh pelayan restoran tu... siap tutup lampu.. semua org pandang.. tp sayang sound system kat restoran tu kebetulan rosak so tak dapat la nk pasangkan lagu hepi besday... tp kitaorg nyanyi ramai2... custemor kedai tu pun sporting... semua nyanyi tepuk tangan... gee mmg tharu time tu... aku pun ada hadiahkan dia bantal bentuk LOVE... tak tau la dia masih simpan atau tak.... hihi...lama dah kalau bantal tu dh takde pun aku faham....

tp tu cite dulu... skrg aku ngan dia masing2 dah bkeluarga dan sibuk ngan hal masing2.. tapi kitaorg tak penah mlupakan satu sama lain... kalau tak contact melalui sms atau call pn kitaorg akan chatting kat fb.. kalau tiba time besday ke kitaorg seboleh2nya akan tetap bg something... wlaupun tak on time.. ye la masing2 dah ada komitmen lain.. dan ada family kan..so untuk tahun ni pun sama la gak..nnt aku beli kan hadiah ye... 

Gee.. aku rindu ngan kenangan kita dulu2.. kenangan di Penang... Kenangan di Ampang.. Kenangan di KLCC, Kenangan di The Mines... segala2nya masih aku simpan dalam kotak memory aku ni...

Aku harap psahabatan kita akan kekal sampai la bila2... thanks sbb kau masih menjadi sahabat terbaik aku sampai sekarang.... 

## TQ ALLAH...






Sunday 16 December 2012

Doli ohhh Doli...

Masih cerita di Taiping...

Setelah keluar dari Zoo Taiping.. perut pun dah bbunyi... cam biasa la tiap kali bkesempatan ke Taiping aku akan ajak huby singgah di restoran ni... huby la yg kenalkan aku ngan tempat ni.. aku ni pengemar Kuey Teow.. so mmg kena sgt la ngan selera.. jd apa lg pantang je ke Taiping kena la singgah... ni la restoran nye...


kuey teow goreng dia mmg sedap...secukup rasa.. tp kali ni ada yg tak kena la... rasa kesedapan masakkan nye tetap sama tp yg tak kena nya adalah service nye.. lambat sangat2.. nk tgg order kita siap bjam.. tp aku sempat nampak la kat dapor hanya ada sorg pakcik yg mngoreng.. mungkin pakcik tu tokey kot.. mungkin sbb nk kekalkan rasa dia goreng sendiri semua... satu lg yg tak kena skrg dah tak leh nk order yg takde sayur ke apa... kira nye apa je bahan takleh nk kurangkan takleh nak lebihkan... tu takpe lagi la... yg sangat2 tak bkenan oleh aku adalah pelayan restoran ni.. semua nya pak NEPAL... yg tak paham apa kita cakap dan kurang ajo... tu yg paling2 aku tak bkenan... lalu blkg kerusi anak aku.. siap langgo kuat pastu tak kalih pun nk minta maaf ke apa... pastu lak kita order yg tambah cam nk layan tak nk layan je... huh rasa cam tak nk g dah lepas ni... tp kuey teow dia sedap... waaaaa.......

ni la rupa kuey teow nye...


yg ni saiz biasa harga korang check kat bawah ek.. jgn tkejut lak...


yg ni special punya saiz.. harga pun rujuk kat bawah ek... tarik nafas dalam2 dulu tau sblm tgk harga...


harga nya adalah....
taraa......


ada ala2 harga koey teow hotel 5 star tak?? hahaha.. dulu harga separuh je dari ni...biasa la harga dan nama kena sama naik kan.... tp takpe skrg kan mmg semua barang mahal.. so makan je la kalau dah nak kan.. tp kalau harga pn dah mahal cam gini service pn kena la A+... kalau tak harga yg berbaloi pun org rasa tak berbaloi.. tul tak?? bab harga kadang2 tak jadi isu sgt kalau service layanan dan segala2 nya level 5 stars... org skrg dah sanggup berbelanja lebih sikit asalkan puas hati...kan...

tapi apa2 pun kami cuba la enjoy kan diri makan di sini... kami lupakan seketika yg tak best tu sbb kuey teow dia mmg terbaeeekkkk....

## p/s to owner : tolong la tingkatkan mutu service.. sayang la makanan best tp service pelayan lingkup sbb yg keje semua PAK NEPAL...  Renung2 kan....selamat maju jaya..  

Cuti-Cuti Malaysia - Taiping Part 3

jom sambung layan gelagat anak2 ibu masa tawaf Zoo...

Lps Kandang unta tu tetiba di celah2 binatang yg beso2 tu tselit yg ni.. kecik comey je.. tp sayang burung yg real nye tak tunjuk rupa..mnyorok celah2 dahan... tp yg best nye kenapa aku snap pic info ni.. sbb nya nk bgtau korang.. dulu sblm ANGRY BIRD tukar nama ke ANGRY BIRD sbnrnya dia adalah LOVE BIRD.. tp entah mcmana apa yg tak kena diaorg gaduh.. putus cinta... so dari LOVEBIRD jd la dia ANGRYBIRD hahahaha...


ok2 nk tgk pic bdk2 tu lg ek... jap ek...

ha ni adik tunjuk penumbuk... ganaz la konon.. blkg dia tu badak sumbu.. mungkin sbb tu la adik buat aksi ganaz sbb nk mnunjukkan badak sumbu adalah salah satu binatang yg ganaz.. kan adik kan.. bijak.. bijak... yg mahal tang kening tu.. skit lg nk camtum tu... hidung kasi kembang skit dik... ok cun.. hahaha.....
selepas kandang badak sumbu tu actually byk lg la binatang2 lain... ada apa ek.. ada SWAN..ada SELADANG.. ada TAPIR.. ada mcm2 la... 

ok jauh skit dari badak sumbu tu ada badak lain lak.. badak air.. atau di kenali ngan hippo... tp ni bukan blue hippo.. ni pink hippo... kulit dia tu cam yg hidung kembang yg tak diluluskan JAKIM tu.. korang tau tak apa.. tak tau pun takpe la..abaikan... Hippo ni asyik sgt makan.. tgk gigi dia amat la mnakutkan.. mulut dia lak lembik2 mngelikan... anak2 cukup teruja sbb hippo ni makan kat tepi2 benteng ni..jd leh tgk dekat... layan la pic kat bawah tu...



bsungguh kan hippo ni makan.. yela time ni sbnrnya tghari.. so lunch hour kot.. makan time la.. peduli apa dia ramai org ke tak...makan tetap makan... owh lupa lak.. hippo ni sbnrnya pink + hijau lumut.. kat badan dia tu penuh lumut... eiii geli je tgk... 
adik sempat je buat peace yooo kat hippo tu.. lebih kurang cam "SHAH ALAM PEACE YOOOO" tp tukar la kot "HIPPO PEACE YOOOOO".. 
last station adalah Gajah.. yg ni pn adalah salah satu haiwan yg adik amat2 nk tgk.. tau sbb apa? sbbnya gara2 cerita apa tu... JUMBO SI GAJAH BIRU... adik ngan along sibuk nk cari si JUMBO tu... mana nk cari gajah biru nak oii... kena cat biru la baru jd biru gajah tu kot... hahaha... along masa ni dah tak nk ambik gambo dah... tiap kali ibu tala kan bb nk snap pic dia dah marah.. semua sbb dlm kepala dia nk naik train... sabo nak sabo...


adik sempat la posing ngan gajah ni... tu pun sbb gajah tu brenti nk membuang air beso.. tu nampak tu eko trangkat tu.. hahaha.. tak senonoh tul anak gajah ni kan... 
ok lah dah abis bab tawaf zoo.. kaki pun cam nk tcabut dah ni... tak sangka mampu jalan satu zoo.. tp rasa bbaloi la kalau nk dibandingkan ngan naik train.. sbb train tu bgantung kepada pemandu.. ada pemandu yg hampeh.. cakap sepatah apa pun dak.. mungkin sound rosak kot... pastu lak bawak laju cam F1.. bukan setakat binatang je tak sempat tgk... pokok kiri kanan pun tak sempat... 

Lps tmpt gajah tu tgk jam dah kul 3.00 lebih... so rest solat jap.. si along dah buat muka sbb mnuntut janji nk naik train... selesai abah solat.. ibu punya turn lak... ibu suh abah p bratur ngan anak2 dulu smntara ibu solat..  tau dah dah sah2 abah kena bratur panjang.. so sempat nye kalau lps ibu solat ibu join abah ngan anak2... 

seperti yg dirancang... alhamdulillah selesai solat ibu smpat g join abah n anak2... ibu bawak mimi skali.. sbb maklong mmg tak sanggup nk que pjg2... elok tak lama lps ibu join abah.. tibalah giliran kitaorg utk naik train...

along la yg paling hepi... ibu sempat snap beberapa pic je.. sebab nye ujan lebat gak masa tu... train yg kitaorg naik tu pemandu nye amat la hampeh... bawak laju pastu tak cakap apa pun... pandai2 la korang cari haiwan yg tsembunyi ye.. nasib la kitaorg dah 2nd round kalau tak mau makan hati bro... hehehe.. k la layan la pic kat bawah ni ek...

along dan mimi teruja sgt.. muka ibu sori la tu muka letih tu...


adik mmg muka boring + penat sgt tu.. sampai baju pun dah tcabut sebelah....kihkihkih...

oklah tawaf pn dah.. naik train pun dah... so jom balik jom... letih + lapar semua ada ni... sebelum blk sempat la beli key chain kenang2an... 

sblm balik sempat gak la snap pic pintu masuk yg tadi nye tak sempat nk ambik... cantik sgt deko nye... tambah cantik sbb colournye... black n white.. Zebra Conner....



mcm2 la aksi korang.. cam tetiba ilang lak penat korang ek... pic ni sepatut nya ambik masa mula sampai kan.. tp kitaorg masa nk balik..hahaha.. lantak la kan.. ada ko kesah...

ha ni maklong n family yg sebanarnya dah lama tgg kitaorg kat luar.. ye la masa kitaorg naik train td.. maklong anak beranak dah kluar dah.. tgk muka penat mnunggu tu.. hehehe.... ok2 dah penat semua jom kita balik....


otw g kat keta anak2 sempat lg paw abah... aiskrem roti.. sedap lak... sbb lapo kan... ibu pun join skaki...



dah2 jom balik jom.. say babai to ZOO TAIPING...

next time kita datang lagi k anak2 ku sayang....

Jom kita balik....

...................................................

## TQ ALLAH....


































Cuti-Cuti Malaysia - Taiping Part 2

Tara... ni la ticket yang abah beli.... so anak2 jom masuk.. belum sempat tgk kiri kanan.. blm sempat ibu nk snap pic semua dan lari masuk dlm.. sabo je la..... apa yg boleh share pic ticket ni je la.. ahaks...


ok masuk2 je dalam tu along start dengan perangai pmbukaan kata.. nk naik train... nk naik train tu tak jadi masalah tp yg jd hal nya org yg bratur naik train tu punya la ramai... cam tak sanggup je nk tgg... so pujuk punya pujuk sambil gunakan khidmat maklong ... along pun setuju la nak jalan... so kitaorg pn start la sesi tawaf... binatang pembukaan yg disajikan oleh Zoo taiping adalah spesis binatang atasan.. iaitu yg duk kat atas pokok... apa lg kalau bukan spesis monyet.. dari yg sekecil2 tapak tangan sampai la sebeso2 nye... tp sadis gak la sbb tak sempat nk snap pic.. gara si adik nk bdukung.. kesabaran ku teruji...huhuhuhu...

tapi...sempat snap beberapa pic la utk share...


Pic Org Utan yg tgh buat muka bosan... kitaorg yg kat tepi tu punya la xcited tgk dia... siap jerit la lompat la.. tepuk tangan la... tp dia buat muka seposen je.. hampeh tul... agak2 korang la dlm hati dia kata apa ek.. mungkin camni kot ayat dia.. "pehal la diaorg ni tgk aku... hensem ke aku ni??" tak pun.. "ok gak hujung minggu dapat tgk org ni..takde la aku asyik tgk kawan aku je yg tak hensem tu.." hahahahaha...






yang ni lak spesis beruk biasa je.. tp disebabkan dia duk dekat tepi kandang aku snap je la pic dia.. spesis ni biasa ni nampak kat kg kan.. kg aku la tu tp tu pun dulu2..skrg dah takde kot...

ha yg ni pelik sikit... muka dia merah mnyala.. cam tkena cat .. tak ingat lak nama apa.. lupa nk nk remark nama dia... tp kalau korang nk tau pic ni bukan pic real.. aku snap kat papan info tepi kandang dia je..bukan apa jalan ngana ank2 ni mana nk dan snap pic sgt... paham2 je la kan.. tp apa yg ada kita share je la ek...

 Ha ni pic budak kecik yang nk bdukung ni..tau tak dia tgk apa... mungkin korang tak nampak la sbb binatang tu ada tu atas pokok tu... spesis sama gak yg kat atas2 tu.. cuma yg ni dia mmg duk bgayut atas pokok jew... pastu lak keje dia bbunyi je.. susah lak aku nk gambarkan camne bunyi dia dalam ni sbb tak reti la nk eja bunyi tu.. hehe.. tp apa yg pasti sepanjang kitaorg kat sekitar kandang binatang yg bising ni.. semua mngajuk bunyi dia.. sampai aku pun dah naik pening.. laki aku la yg paling bising.. sabo je la kan... dan the best part.. ada sorg india ni dtg tanya kat laki aku.. "ini bintang kita boleh makan ka?" hahahaha apa punya soklan kan.... aku tak dengar lak laki aku jawab apa kat india tu..hahaha.. mcm2 jenis org la kan....kalau nk tanya soklan pelik2 pun tgk la org dulu kan...hahahaha...


Ok abis dah spesis monyet yg kitaorg tgk..ada yg dukung anak..ada yg dok belek kutu..mcm2 tak larat nak gelak dah... tp sori ek pic takde..kalau nk tgk p sendiri..hehehe..kejam tak ayat...ala kira cam promote la kan... 

Ha.. jalan punya jalan kami nampak ni plak... ha yg ni buaya darat.. kan dia duk atas darat tu... mula tu ingat batu.. lupa lak ni Zoo mesti la real punya kan..hihi.. yg ni kira kecik je tau.. ada yg 3 kali ganda ni..tapi dlm air..tak nampak pun kalau nk letak pic nye... tak puas hati ke? nk tgk gak? nk tgk gak kena g sendiri la ye..



sori ek gambar sebelah ni gegar skit.. tp nk share gak.. abah pujuk adik suh jalan..so ajak dia main lompat2 atas gambar tapak kaki rimau tu..tgk la aksi lompat sakan dia..tkangkang2..sambil lompat tu jerit Ben10...hahahaha...









Next station..Anak Rusa Nani .."anak rusa nani..baru tumbuh
eko"..hehehe..

so sesi memberi rusa makan...seronoknye along bagi makan rusa tu.. jinak sgt.. mula sekor je yg dtg makan.. lps tu banyak la pengikut2 dia..
yg best nye abah ngan anak2 nye je pulun bg makan kat rusa2 tu...org lain semua tgk je...kihkihkih..








sbb kan keterujaan rusa2 tu makan... abah pun ambik lagi banyak kangkung yang ada kat tepi pagar tu.. rasa nye tu mmg utk rusa tu makan kot...










time bg makan rusa ni along la yg paling seronok sampai dah tak nk jalan ke tempat lain dh.




Adik dah muka bosan dah.. lama gak la kitaorg lepak bg rusa makan ni...sampai la si adik nangis2... mangsa keadaan adalah ibu sbb kena dukung adik.. kesabaran skali lg teruji...


So bila adik buat prangai.. ni la timenye abah mainkan peranan sbb muka ibu pun dah ala2 singa dah... so apa saja yg ada dsekeliling akan dijadikan bahan eksperimen dengan harapan leh mnyelamatkan keadaan... emmm bunga raya pun jadilah kan adik kan... ha nk selit kat telinga pn selit la.. asalkan ko bahagia dik... ibu kang kalau ilang sabo susah..kuikuikui...





Yg kat bawah ni special skit... memerang licin namanya kalau tak silap la... cute sgt.. dia akan berenang ke arah kita yg duk tepi cermin tu.. so kat mana ada org kat situ la dia akan datang buat aksi.. adik paling teruja kat sini.. siap tepuk2 tangan...pastu dia lak lari ikut memerang tu... memerang tu berenang ke kiri dia ke kiri.. sampai tepi cermin tu kitaorg je yg konker...kalau tak caya tgk video kat bawah ni... abis semua org tak berani dekat kat cermin tu...Damia konker..hehehehe



ok dah separuh Zoo kami tawaf.. kedahagaan pun dah mlampau dah.. semua dah tak sabar nk g beli air... along dah kedepan tak toleh blakang dah.. abah kalut la kejar along takut kang ilang lak tgh2 org tu..adik tu dah tak larat nk jalan dah tu... langkah pun lemah gemalai je.. mana tak nye.. ibu tak bawak  turun botol susu..hikhikhik... 




mcmana pn along sempat bg posing lg dalam kedai pun... layan je la....janji hepi...











ok..dah dapat air sorang sebotol.. sejuk2 lg tu.. dapat lak keropok jajan kegemaran.. so kita sambung jalan ye anak2..ni ada separuh Zoo lg nk tawaf ni.. kalau ikut harga ticket kita baru guna half ni.. jom jom jgn buang masa.. hari pun nak ujan...

then jalan punya jalan.. tiba la tempat yg adik tgg... adik nk tgk NEOLOFA.. hahaha sapa tau apa kah itu... mula2 aku pun pening.. apa binatang la nama NEOLOFA ni... pk punya pk rupa2 nya ZIRAFAH... hahahaha... kesian Neolofa dik.. ko sama kan dia ngan Zirafah... sakit perut ibu gelak kan ko... sabo je la... ha nk tgk pic Neolofa adik... tak byk la sbb ibu sebenarnya dah tak larat dah..dah macam malas dah nk layan snap ni...kuikuikui...muka model2 cilik ibu pun dah tak comey... dah cam tpaksa je kalau ibu suh posing... tgk la muka adik tu.. adeh cam sakit perut je dik...

Dalam kawasan Zirafah ni ada Zebra... ibu suka Zebra sbb itu colour fav ibu.. black n white.. bdk2 ni kata tu kuda colour ibu... along teruja nk snap pic ngan Zebra ni sbb kebetulan baju nampak lebih kurang sama kan.. so tonggek pn dah cam Zebra... alahai tomey...



area yg sama ada lah tselit pak arab ni... pak Unta.. kurus je aku tgk pak unta ni.. tak cukup makan ke tak cukup pasir pak unta?? sedih je... tiga beranak ni sempat lak nk posing tp sayang pak unta ni tak angkat kepala.. hehehe.. apa2 pun muka tiga branak ni maintain...



macam nk sambung part 3 je.. bukan apa kang korang boring lak baca panjang2 ni.. kita sambung part 3 ok.. see u...


tungggguuuuuu...


## TQ ALLAH....