Monday 15 July 2013

KEMBARA SAHABAT SELAMANYA - PART 3

Assalamualaikum...

ada tak yg tertunggu2 sambungan kembara SS ni.. sori ek kepada sesiapa yang menunggu dan menanti.. kesibukan dan kemalasan menguasai diri.. he he he

oklah jom kita sambung apa cerita di sebalik kembara SS ni..

_________________________________________________________________________________

Setelah kitaorg menyambung perjalanan dari hentian Banjaran Titiwangsa yang kedai tak bukak tu dengan perasaan penuh kelaparan.. lebih kurang sejam lebih kot (masa sebenar tak ingat) kitaorg pn sampai la kat deretan kedai sebelum Bukit Bunga kalau tak silap.. aku pun dah tak pasti.. gambar pn tak sempat nk ambik sebab masing2 hanya nampak nasi je.. tambah lak kat kedai tu ada lak ulam-ulam dan budu.. semua terkam tak hingat punya.. so kitaorg pn makan la dengan penuh selera. lauk kat situ lak ala2 kg.. tp harga tak kg sangat la..hehe.. lebih kurang sejam kot kitaorg singgah kat situ then kitaorg pn mnyambung kembali pjalanan.. ye la destinasi pertama adalah Kuala Merang Terengganu.. so kira2 ada separuh lagi perjalanan yang perlu ditempuh...

Laluan yang kitaorg pilih dari kelantan ke terengganu adalah melalui Tanah Merah... Long sebagai Mashall tak mau ikut Kota Bharu katanya takut jammed.. so kitaorg yg adik2 ni patuh arahan abg long.. Perjalanan pada awalnya memang lancar dan kitaorang jangka paling lewat sebelum asar boleh check in.. anak2 dah semangat ni sebab sempat la diaorg nak terjum kolam kan.. tapi yang hadoooo...he he he...

situasi di jalan Tanah Merah adalah begini....




paksu siap turun lepak tengah2 jalan lagi.. bukan setakat tu siap bukak bonet bancuh susu anak bagai la.. syahdu yang amat.. kihkihkih.. muka semua dah kelat cam pisang kelat dah time ni..tp nk buat macamana memang takde jalan lain dah.. tambah lak ada kereta yang kurang sabar yang dah potong kiri kanan belakang depan semua la.. so bertambah2 la sesak jalan tu.. 

kitaorang terperangkap dalam kesesakan yang amat mnyesakkan tu lebih kurang hampir 2jam lebih.. nasib la takde anak2, mak2 atau bapak2 yang nk membuang apa.. kalau tak lagi haru biru la jadinya.. info yang kitaorg terima dari beberapa sumber yang dipercayai ada kemalangan atas jambatan kecik depan tu.. so memang masak lemak cili api la nak tunggu polis clear kan kereta yg terlibat tu..kesian anak2 aku sampai tlentuk2 tido keletihan..tapi takpe holiday punya pasal kan... he he he


so setelah tlepas dari kesesakkan tu lebih kurang pukul 3 kot.. (tak pasti) kitaorg singgah di stesen minyak yg bdekatan.. sampai2 je stesen minyak tu semua mencari toilet.. yang mana tadi takde rasa pn dah terasa nk membuang nya.. he he.. selain dari tujuan nk membuang sisa2 toksik tu kitaorang terpaksa berhenti sebab kereta paksu ada problem skit.. nasib la tak meragam masa tengah sesak tadi.. syukur alhamdulillah Allah jauhkan kami dari kesulitan lebih sulit.. so di stesen minyak tu lah tempat pertama kitaorg check in beramai-ramai.. macam2 aktiviti tau yg dicipta oleh kitaorang.. maklum la 6 biji kereta.. paham2 je la..

aktiviti kaum bapa... membelek kereta paksu bsama abg pomen..he he he..


aktiviti kaum ibu.. bsembang la apa lagi..sambil makan maggie.. ha tu idea aku le sbb mmg lapo yang amat.. maklum la ada org dlm..so kalau boleh nk makan je la keje nye..tapi lps aku makan ramai lak pengikut.. ngan en hubby pun tiru sama.. maggie kan sapa boleh tahan dengan godaannya.. he he he..pakcik stesen minyak tu boleh senyum gak la kan.. laku maggie cup dia aritu..he he he...


hampir sejam gak la kot kitaorg bkampung di stesen minyak tu.. memandangkan anak2 dah masing2 diluar kawalan dan macam2 ragam.. long menyarankan 4 biji kereta btolak dulu dan tinggalkan paksu dan ngah untuk settlekan masalah tu.. tapi takde sapa yang setuju.. datang sekali susah senang biar lah sekali.. semua bkeras nak tunggu kereta paksu siap jugak.. so satu lagi saranan long adalah cari masjid yang berhampiran dan tunggu paksu.. dan memandangkan waktu asar pn dah masuk maka memang sesuai kalau semua tunggu di masjid.. anak2 pn boleh rehat dengan selesa.. Alhamdulillah Allah atur yang terbaik.. 1km lepas stesen minyak tu ada masjid besar yang boleh dijadikan port sementara untuk kitaorg berehat..

ini lah masjidnya.. Besar dan selesa..


Alhamdulillah semua sempat menunaikan solat jamak zohor dan asar di sini... ank2 plak sempat mandi menyejukkan badan.. kesian dah hampir setengah hari perjalanan.. memang panas dan rimas..

hampir sejam kitaorang bkampung di masjid ni dan Alhamdulillah kereta paksu ok dan kitaorg btolak sebelum matahari melabuhkan tirainya..

so.. dah panjang dah ni kan.. 
kita sambung part 4 plak ek...

tata...