Monday 26 August 2013

KEMBARA SAHABAT SELAMANYA - PART 4

Assalamualaikum...

first of all nk minta maaf byk2 la ye sbb lama korang tunggu kisah Kembara SS ni.. dah lapuk pun story ni, tp masih segar dalam ingatan SS aku pasti..

ok part 4.. setelah selesai kereta paksu dibaiki dan selesai anak2 merehatkan diri di masjid tu kitaorg pun menyambung pjalanan menuju ke Kuala Merang Terengganu.. destinasi yang sangat2 la nak dituju pada saat ini iaitu... Merang Suria Resort..kitaorang sampai pun dah maghrib.. jadi impian anak2 nk terjun kolam terpaksa ditunda ke hari esok.. kesian..


ok selesai urusan check in oleh para bapa.. para ibu dan anak2 dah ready utk mandi manda menyegarkan badan dan merehatkan badan.. aku lagi la penat yang amat dengan keadaan bbadan dua ni dan dengan melayan kerenah dua puteri aku tu mau tak penatnya.. selesai semua mandi, solat dan rehat sekejap kitaorg pn bkumpul semula dengan satu tujuan iaitu makan malam... malam tu xde la dapat makan best sangat pun sbb kebanyakkan kedai dah tutup mungkin sebab lokasi Kuala Merang yang sedikit pendalaman ni membuatkan tak banyak kedai yang beroperasi malam atau mungkin sbb kitaorg yg tak tau lokasi best kot.. tapi apa-apa pun malam tu kenyang la gak walaupun simple.. balik hotel terus tido....

then.. keesokkan harinya.. anak2 yang dah tak sabar nk terjun kolam pagi2 buat dah ready.. ibu ayah sibuk makan diaorang sibuk mandi kolam.. actually ni adalah aktiviti wajib kalau check in.. tak kira la dimana pn kan.. 

selesai makan dan setelah mengamuk sakan ngan bebudak suruh naik kitaorg pn bsiap2 la utk sesi ronda2 di sekitar bandar Kuala Terengganu.. destinasi pilihan adalah Masjid Kristal opekos kan.. then Pasar payang.. dua tempat tu pun dah makan masa satu hari.. maklum la jalan ramai2.. ngan ank2 lagi lari sana lari sini.. gaduh sana gaduh sini.. nangis sana nangis sini..sehari tu jadi cam jap je.. ok kat bawah ni beberapa pic masa kitaorg jalan2.. 

dlm pjalanan tnmpk lak bas ni.. unik sangat.. bas bentuk rumah.. siap ukir2 tu.. cantik sangat..



ok then tiba ke destinasi tmasyur di Kuala Terengganu. Masjid Kristal.. sempat la bposing dan bsolat zohor di situ.. cantik sangat binaan nya..sejuk je bila berada di dalam tu..




ni aksi budak tak makan saman ni.. rileks je baring dlm masjid tu.. tak leh tegur takut mengamuk so biarkan je la.. baring sambil menikmati keindahan dalam masjid tu kan..


selesai Masjid kristal.. kitaorang menuju pulak ke Pasar Payang.. hooreeyyy shopping time.. abah lak horeeyyy ready to keluarkan duit.. hihihi.. tak beli apa pun sebenarnya tengok2 je.. ada la sikit2 sebagai kenangan.. sbb takde la murah mana pn barang2 kat situ.. biasa2 je..


teruja tgk telur penyu..sempat la snap pic telor penyu.. hihii.. tak selera no aku tgk.. along lak teruja tgk buah jambu.. actually lapar kot.. hihihi



 ha ni habuan anak2 aku selain baju kaftan sempat gak diaorg tangkap penyu dua eko ni.. yg kecik2 tu along nk bg cikgu dia katanya.. adik pun sama.. mana pergi cikgu tetap dihati.. tbaik anak2 ibu..


ni paksu melayan kerenah anak2.. budak2 ni dah macam adik beradik.. syok tgk bila diaorg sama2 bgelak..tp bila time usik mengusik tu yg tak tahan.. sbb nnt ada la yg menangis.. tp biasa la anak2..lumrah.. mereka lah racun mereka lah penawarnya...



selesai di pasar payang tu aku tak ingat la plak kemana hala tuju kitaorang.. tp rasanya balik resort kot.. pastu cari tempat makan pusing punya pusing dah tengah malam baru jumpa kedai makan.. konon nk cari yg grand la skit.. tp cam biasa la area resort tu malam je cam takde yg menarik.. semua tutup.. jadi kitaorg pn singgah je la mana yg ada.. ibu ngan abah semua penat dah tapi ank2 cam takde apa.. walaupun tengah malam buta main tetap main.. kejar sana sini sampai kan long naik angin gak la.. hihihi.. ha dah kena jerkah ngan ayah long pn aktiviti tetap sama.. last2 lantak kan aje lah.. hihihi..

tak caya tgk pic kat bawah ni.. takde langsung riak muka penat kan.. anak oh anak.. hihihihi..


oklah tamat la sesi bjalan pd hari ptama.. letih jgn cerita la.. malam balik resort mandi solat dan terus dibuai mimpi...

pjalanan hari kedua pasti bsambung next episod kan.. so tunggu.. hihihi...








Anak-anak Syria..Berbahagia lah kalian di syurga..

Assalamualaikum.. lama aku tak mencoret sesuatu dlm blog ni..

kali ni tpanggil untuk mencoret sesuatu.. bila hari-hari mata ini disajikan dengan gambar dan video yang sangat menyentuh hati bkenaan apa yg terjadi pada saudara islam kita di bumi Mesir.. 

terus terang hati aku sedikit sebanyak dapat merasakan pedihnya bila melihat anak2 kecil yg tak bdosa dibunuh dengan kejam.. tp apa kan daya.. tangan ni tak mampu bbuat apa2 kecuali bdoa pada yang Esa..

Pedih dan luluh hati aku ni btambah bila tsebarnya gambar beribu anak2 syria yg tak bdosa dibunuh dengan senjata kimia.. kejam sungguh manusia hingga sanggup melakukan perkara sedemikian rupa yang mana aku pasti binatang pn tak sanggup nk lakukan.. Ya Allah adakah ini peringatan Mu terhadap kami.. Ya Allah ampunkan dosa kami dan selamatkan kami di dunia dan akhirat...

bila tpandang gambar dan wajah anak2 yg tseksa saat menemui ajal mereka jari jemari aku pantas menari mencoretkan satu coretan yang sememangnya lahir dari hati aku.. nk ku gelarkan sebagai sajak aku rasa tak setanding itu kerana aku bukan penyajak.. nk ku katakan ianya sebuah puisi jauh sekali kerana aku bukanlah seorg puitis.. tp yang pasti ini adalah rasa hati aku.. jeritan hati aku bila melihat penyiksaan mereka.. aku kongsi kan bersama kalian agar sedikit sebanyak kalian juga turut dapat merasa kepedihan ini dan sama2 kita bdoa agar segalanya ini akan berakhir dan mereka yang zalim akan mdpt balasan dari yang Maha Esa...


Duhai anak yg tak berdosa..

Selamat tidur untuk selamanya..
ucapkanlah selamat tinggal dunia yg penuh sengketa..
nanti kalian kan dibangkitkan disyurga penuh nikmat tak tkata.. 
sesungguhnya kalian dipilih utk menjadi penghuni syurga..
Duhai anak yg tak berdosa..
Biarkan mereka yang kejam dibalas dan diseksa di neraka..
itu janji Allah yang Esa..
Duhai anak yg tak berdosa..
kami ibu dan bapa serta saudara
hanya mampu mengiringi kalian dengan doa dan airmata
memang pedih hati untuk menerima..
kalian dibunuh sedemikian rupa..
Duhai anak yg tak berdosa..
kami sedar kami insan hina penuh dosa..
kami membiarkan kalian diperlaku seperti tiada harga..
Duhai anak yg tak berdosa..
kami tak berdaya untuk melawan musuh durjana..
maafkan kami duhai anak..maafkan kami yang sentiasa leka dengan nikmat dunia..
Ya Allah hanya pada mu kami meminta..
agar semuanya tamat segera..
agar tiada lagi korban yang tak berdosa menjadi mangsa
Ya Allah turunkan lah bala pada mereka yang kejam dan durjana
yg sewenang2 melapah tubuh meragut nyawa
Ya Allah hanya Engkau yang Maha berkuasa..
hanya padaMu kami berserah sepenuh jiwa sepenuh raga..

Nukilan : yanhasrul <4:44pm 22.08.13>