Friday 21 June 2013

Kembara Sahabat Selamanya - Part 1

Assalamualaikum..

lama dah tak bkongsi cerita kan.. oklah kali ni aku ada story best nk share tentang Kembara Sahabat Selamanya... sapa-sapa yang dah baca story aku sebelum ni pasti dah tau kan siapa dan apa maksud sahabar selamanya atau singkatannya SS.. yg mana belum tahu boleh la cari-cari dalam blog aku ni.. he he he..

oklah story aku kali ni pada aku adalah satu yang menarik sangat.. sebab macam-macam yang kami lalui sepanjang perjalanan Kembara kami ini..

Bermula selepas Kembara pertama sebelum ini iaitu Kembara menjelajah ke sekitar Kuantan-Kemaman-Gambang kami terus bincang tentang Kembara kedua.. cadangan yang terlintas pada masa itu adalah Kembara menjelajah Pantai Timur... jadi bermula lah dari saat itu masing2 sibuk merancang dan mencari tarikh yang sesuai.. akhirnya tarikh yang dipersetujui adalah pada 01.06.2013 hingga 05.06.2013... Alhamdulillah mulanya semua bersetuju tanpa ada alasan.. namun seminggu sebelum tarikh tersebut..2 orang daripada SS menarik diri.. alasan seorang terpaksa balik kampung dan seorang lagi cuti tak diluluskan.. masa tu memang kami semua down.. maklumla kalau tak cukup corum pasti akan ada rasa kekurangan... dah abis idea aku memujuk diaorang untuk join tapi dua-dua ada alasan kukuh so aku pasrah.. pada aku takpe la mungkin ada hikmah kan... tiba-tiba malam sebelum bertolak aku dimaklumkan yang insyaallah 2 sahabat ni nk join plak.. tapi masa tu dah tak xcited dah.. kira cam tawar hati dah kot.. so dalam hati aku kalau diaorg join tu satu bonus.. kalau tak join pun aku tak kisah dah sbb malas nk letak harapan.. tapi jauh dalam hati harap sangat-sangat untuk diaorang join..

So tiba lah hari yang di nanti.. saat yang ditunggu.. anak-anak la yang paling xcited sbb diaorg ni kalau bjalan dengan SS memang tak hingat punya seronok.. pagi tu awal anak-anak aku siap.. senang je bangun mandi tak macam nk pegi sekolah...kena mengamuk satu taman dulu... orang yang paling awal siap adalah mia...siap boleh posing depan pintu lagi walaupun masa ni baru kul 6.45pagi.. xcited tul la dia ye...



kami keluar rumah tepat jam 7.00am.. port untuk berkumpul yang ditetapkan adalah di stesen Petronas Kulim.. orang paling awal sampai pada masa tu adalah aku.. xcited kan.. kemudian Lang..dan tiba-tiba aku terpandang kelibat seseorang.. Alhamdulillah rupanya doa aku untuk semua SS join kembara ni tmakbul.. aku nampak Paksu dan tak lama kemudian selepas Long sampai, Ngah pun sampai.. maka Kembara kami kali ini lengkap.. kelima-lima keluarga SS semua dapat join.. Syukur... nasib la walkie talkie memang dah ready 5 biji...


 ok bawah ni adalah muka-muka hero SS.. hero la sangat.. dari kiri suamiku tercinta nama dalam SS Ayong.. sebelahnya Mr Hezri atau dikenali SS dengan Long, sweater hitam Mr Rizal atau nama SS Paksu, T-shirt putih kanan Mr Norazmi atau nama dalam SS Lang.. yang sorang-sorang kat bawah tu Mr Rafhan, dlm SS kami panggil Ngah.. actually masa hero-hero tu posing ngah lom sampai.. pic bawah tu aku ambik masa dia baru je sampai dgn muka tak berdosanya.. dah la kata tak nak join.. pastu lambat lak.. sabo je la..




lebih kurang kul 7.30am Kembara SS ke Terengganu-Kelantan dimulakan dengan Nama Allah.. semoga perjalanan Kembara kami dipermudahkan dan semua berjalan lancar...


Bersambung...






No comments:

Post a Comment