Thursday 31 January 2013

Rinduku Bertandang Lagi...

Rindu ku bertandang lagi buatmu teman dikala mendengar suara emak seketika tadi...

Tika mendengar rintihan hati seorang emak yang kehilangan anak... tika mendengar cerita derita rindu hati anak-anakmu yang kehilangan dirimu..tika mendengar esakkan yang masih belum reda dari seorg emak membuatkan hati ku yang baru cuba untuk kuat atas kehilanganmu teman kembali lemah..kembali sayu. derita rindu emak.. derita rindu anak-anakmu tak mampu untuk aku gambarkan.. tak mampu untuk aku galaskan... hati yang merindu itu akan terus diburu rindu.. akan terus diburu resah..

Teman..rindu kami.. resah kami bukan untuk membebankan mu di sana.. bukan untuk menidakkan kehendak Illahi.. tetapi rindu kami ini adalah untuk kami sentiasa rasa dekat denganmu.. untuk kami sentiasa menyulamkan doa untukmu... rindu kami ini adalah sebagai satu peringatan tentang Kebesaran Pencipta Yang Maha Agung.. mengingatkan tentang dekatnya satu perjanjian antara kita dan Dia...mengingatkan bertapa kerdilnya kita di dunia ini..

Teman.. sekali lagi ku biarkan rindu ini bertandang dan bertapuk di hati.. ku biarkan airmata ini mengalir dipipi..kerana melupakanmu adalah sesuatu yang sukar buatku.. mengabaikan insan-insan yang kau tinggalkan adalah sesuatu yang mustahil bagiku..walaupun apa yang mampu ku berikan kepada mereka hanya sebesar zarah jika nak dibandingkan dengan derita dihati mereka.. tapi aku tetap akan terus cuba menyuntik semangat, aku akan tetap cuba mengisi kekosongan di hati mereka...kerana mereka adalah pengikat kasih persahabatan kita...

Teman.. tenang lah kau disana disisi Pencipta dan Pemilik hakiki...

Ya Allah Engkau ampunkan dosa sahabatku walau sebesar zarah sekalipun...
Ya Allah Engkau tempatkan dia diantara kekasih-kekasihMu..

Ya Allah Engkau kuatkan hati-hati kami yang merinduinya..
Ya Allah Engkau kuatkan jiwa anak-anak kecil yang ditinggalkannya..

Ya Allah Engkau kembalikanlah kegembiraan di hati mereka..
Ya Allah Engkau hilangkanlah rasa derita mereka..

Kami lemah Ya Allah..
Kami daif Ya Allah..
Kami tak mampu mengubah apa-apa kecuali dengan KuasaMu..
Amin

Buat anak-anakmu..ini pesanku.. ibu yant sayang kalian...Ibu doakan semoga kalian menjadi anak yang solehah dan anak yang kuat.. Kalian adalah insan terpilih yang dipilih olehNya untuk diuji sehebat ini..
In Shaa Allah ada sesuatu yang besar nikmatnya sedang menunggu kalian nnt..

Al-Fatihah buatmu...

Sayangku Syuhelda binti Norsiah

2 comments:

  1. sesuatu yg berlaku,pasti ada kemanisannya jika kita nikmati dgn rasa percaya padaNya..ins sha allah..tkziah buat kluarga tersebut.dan bersabarlh.

    ReplyDelete
  2. yer rindu smpai x sedar saya menangis dalam tidur.... bangun dan mharap itu cuma mimpi tp itu realiti...sakit pedih hati ini untuk menyusun semula kekuatan yg telah hilang, bgun lah hati dan jiwa untuk amanah yg dia tinggalkn... tabah lah hati untuk terus kuat perjalanan masih jauh, ini bukan beban yg kau tinggalkan untuk aku ini adalah saham untuk mu saham untuk ku di akhirat nanti... aku terkilan, aku terlalu sedih.... setiap sujud ku,ku titip rintihan agar kau tenang disana....

    ReplyDelete